Oct 31, 2012

Berhati-hati..,

Hari tu aku pegi klcc. Jangan tanya aku buat apa pergi sana. Aku sesaja jenjalan melihat keindahan hutan ciptaan manusia, yang hasil daripada kurniaan ilham ilahi. (kau tengok betapa sasteranya ayatku).

Cerita pasal kacak aku hari tu, toksa cerita la, memang cukup kacak, semat, menawan dan sebagainya. Pokok pangkalnya memang hari tu aku dari hujung kaki, sampai hujung rambut semua serba kacak. Ditambah lagi senyuman ala-ala Rosyam Nor.

Bila aku lihat menara berkembar tu, aku tiba-tiba teringat  kata-kata sumbang tentangnya. Dulu, ramai pihak mempertikaikan pembinaannya kerana konon projek mega ini membazir dan tak berguna.

Tapi sekarang kau tengok, selain tumpuan pelancong asing dan tempatan, klcc ini juga menyebabkan sektor hartanah dikawasan sekelilingnya meningkat. Itu belum lagi cerita bab peluang perniagaan dan peluang pekerjaan yang terhasil daripadanya. membazir ke tak membazir?

Apa yang aku nak cerita ialah part bila aku desperate nak cari jamban. Masa tu memang dah critikal tahap gaban. seperti telur dihujung tanduk. Sikit saja lagi aku terkencing dalam seluar. Jamban pun time-time tu gila babi jauh. Terasa seperti arkitek yang bina jamban dekat klcc tu memang dari awal lagi nk sabotaj aku..andaianku.

Lepas aku pusing sana sini cari jamban, akhirnya aku jumpa jugak. Aku terus terjah masuk tanpa banyak cakap. Masa tu ada mamat bangla yang aku boleh kategorikan sebagai pakcik-pakcik dok bertugas dijamban tu. Umur pun aku syak dah senja dah.

Masa tu dia jaga toilet. Terasa dia bukan seperti cleaner pun, tapi lebih kepada securiti jamban. Masa aku nak masuk tu, dia tengah berdiri dihadapan pintu jamban yang takda orang guna. Then, sebagai melayu asli yang kacak, aku pun minta izin dengan memberi signal menggunakan jari dengan tertib menunjuk lubang jamban sambil memberikan senyuman. Meminta izin kalau boleh digunakan jamban itu maksudnya.

Dia senyum dan bagi laluan. kau tahu, masa aku nak masuk jamban tu, dia boleh tepuk bontot aku yang mantap ni. Ya Allah, terasa diri dinodai. Sungguh. Rasa gelap je masa depan. Tapi disebabkan masa tu aku lebih fokus kepada membuang hajat, maka aku diamkan perkara tersebut. aku sabar. Orang kacak harus sabar..

Bila dah selesai segalanya aku buat biasa, aku pegi basuh sana sini mana yang patut, aku pun keluar. Then betulkan sedikit rambut yang ala-ala Rosyam Nor ni. Masa tu, tiba-tiba mamat bangla tu siul ke aku. Aku ingat something wrong somewhere ke hape. Yela, tak zip seluar ke hape. Tapi yang paling bangangnye, dia boleh kenyit mata dengan aku..Syaitan..tu je aku boleh kate dalam hati..

Boleh plak dia usha aku. Ingat aku Gay?? Lepas aku touch up semua, aku perbetulkan segalanya, then aku blah. Takut plak aku dirogol disitu. Naya aku. Gelap masa depan..

Pengajarannya, berhati-hati ketika di jamban awam. Tu je aku nak bagitau. Tak kira kau itu lelaki ke perempuan, sebab sekarang ni, lelaki ada pelbagai jenis dan selera. 

Bila aku teringat peristiwa hitam tu, aku terasa diri yang kacak ini seperti telah dinodai..Tolong berhati-hati di jamban klcc... hahaha

5 comments:

Belalang hijau Perisik said...

touching sungguh cerita ini... susah gak jd org kacak ni ye... hahaha

Kosong said...

hahaha bahaya la jugak..

Anonymous said...

masih terasa lagi tak tapak tangan dia di bontotmu??? hahaha

Anonymous said...

jangan mengaibkan diri sendiri

Kosong said...

terima kasih ingatkan...

tak aibkan diri, cuma cerita perkara sebenar..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian