Oct 29, 2012

AES

Aku pun mula-mula tak tahu menatang apa aes . Aku ingat ice cream ke hape. Bila dah ramai dok cakap isu ini, hati aku mula bergelojak untuk tahu jugak serba sedikit. Dari makcik clearner, pak guard, tukang kebun, makcik bedah, pak cik tukiman, mat bangla dan sebagai semua bercakap isu ini. Berhujah samaada patut ke tak patut melaksanakannya.

Aku pun melakukan sedikit research dan lakukan sedikit pembacaan.

Aes atau panjangnya "Automated Enforcement System" adalah sistem bla bla bla yang korang boleh klik disini untuk tahu lebih lanjut. Aku malas nak tulis pasal menatang apa aes ini. Boleh baca sendiri. kehkehkeh..

Ramai yang tak berpuas hati dengan sistem ini yang konon didakwa akan menyebabkan pengguna jalanraya berhadapan dengan saman atas kesalahan yang direkod oleh aes. Yang pelik, yang takda kereta pun ikut serta bising, malah mengeluarkan hujah yang agak dangkal. aku rasa nak pang je..

Aku secara peribadi bersetuju dengan menatang aes. Sekarang, kita jangan fikir berapa banyak kerajaan kaut untung daripada sistem ini, berapa banyak kerugian kita alami sebagai pengguna jalanraya atau adakah aes ini menyusahkan hidup kita?Tapi kita cuba lihat dahulu daripada sudut sisi baiknya.

Sebenarnya, selain sebagai 'speed trap', aes ini juga berfungsi sebagai cctv yang akan merakam segala perkara yang berlaku dilokasi yang dipasang samaada kemalangan atau berlakunya kejadian jenayah dapat direkodkan. Ini adalah kelebihan aes.

Selain daripada itu, aes bagi aku akan menjadi alat untuk mendidik orang ramai agar mematuhi undang undang jalanraya. Terdapat dua jenis undang2. Satu untuk menghukum dan satu untuk mendidik. Dan bagi aku aes ni adalah salah satu mekanisma undang2 yang digunakan untuk mendidik masyarakat.

Jika kita seorang yang amanah, kenapa perlu takut kepada aes? Mungkin kita patut bersyukur kerana aes itu mampu mendidik seseorang itu menjadi pemandu yang berhemah misalnya, selain daripada ianya dapat mengelak daripada berlakunya kemalangan kesan daripada pemandu kini berfikir dua kali untuk memandu laju dan secara berbahaya. Tidakkah ini perkara baik?

Jika ingin melihat kemanakan wang hasil daripada saman itu disalurkan, serta berpersepsi bahawa wang itu mungkin disalahgunakan atau disonglap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau digunakan oleh kroni-kroni, mana mungkin kita akan melihat kebaikkan daripada sistem ini?

Apa yang penting ialah mendidik masyarakat menjadi amanah ketika dijalanraya. Lagipun, papan tanda amaran juga telah disediakan dimana lokasi AES itu dipasang. Bukankah ini merupakan kemudahan atau tolak ansur yang diberikan oleh pihak berwajib?Korang boleh klik disini untuk mengetahui lokasi aes tu dipasang.

Jika kita boleh berkata rakyat kini telah matang terhadap isu semasa, ada baiknya jika rakyat juga matang untuk menilai sesuatu perkara itu  tanpa terikat dengan mana-mana pandangan daripada pihak yang berkepentingan.

Kesimpulannya, sebelum kita melompat kepada kesimpulan (jump to conclusion), eloklah kita melakukan sedikit penyelidikan terhadap segala baik buruk perkara tersebut. Bukan mengeluarkan pandangan atas fikiran para ahli politik yang kita sedia maklum kadang agak berat sebelah dan tidak relevan dalam memberi pandangan yang menguntungkan parti yang dia wakili.....kan?

wallahu 'Alam

Ps: Cara kita berfikir dan menilai itu merupakan kekuatan untuk kita memberikan buah fikiran yang bernas

4 comments:

Anonymous said...

Mungkin itu salah satu cara, untuk mendidik ....saya agak bersetuju dengan pandangan en. Tetapi, kerajaan juga perlu menitik beratkan pembangunan manusia dalam diri masyarakat supaya masyarakat lebih berdisiplin. Jika kita lihat sekarang, masyarakat sudah tidak takut dengan denda yang dikenakan apabila melakukan kesalahan...kerana tidak ada rasa tanggungjawab dalam diri...

Kosong said...

saya merasakan pembangunan manusia itu bukan terletak pada bahu kerajaan, tapi kepada ibu bapa yang mendidik anak mereka yg kelak akan menjadi sebahagian masyarakat..

cantik anak itu dididik, maka cantiklah masyarakat kelak..

Kerajaan hanya memainkan peranan sedikit sahaja..mungkin..

wallahu 'alam..

Anonymous said...

kalau peranan kerajaan sedikit dalam membentuk anak, kenapa rasululah membentuk negara islam? Adalah lebih baik jika baginda membentuk anak terlebih dahulu...

Kosong said...

he sekarang kita bincang pasal membentuk masyarakat lebih berdisiplin. Dan saya katakan ia perlu bermula dari institusi keluarga dulu...Saya tidak nafikan peranan kerajaan membentuk anak2 tetapi peranan itu sangat sedikit. Ingat peribahasa anak2 diibaratkan sebuah kain putih, baik mereka dicorak, maka baiklah mereka..

Membentuk negara islam perlu mendidik masyarakat. Sebab itu Zaman nabi dia perbaiki dahulu masyarakat. Menghapuskan segala amalan jahiliah Mereka. Bukankah itu merupakan strategi? Bukankah itu juga termasuk mendidik mereka terlebih dahulu??

Setelah semua telah berubah baik, baru nabi menubuhkan tubuhkan negara..Dan secara beransur-ansur dididik berdasarkan wahyu daripada Allah..

Sebab itu Dakwah nabi berperingkat-peringkat...

wallahu 'Alam

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian