Sep 19, 2012

Terima kaseh

Aku berhenti kerja hari ni. I mean semalam. kerja yang aku rasa sangat enjoy, sangat menarik, sangat rileks, dan tersangat best tanpa perlu membebankan segala rasa. Atau meningkatkan tekanan darah. Sungguh.

Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya.  Macam zaman sekolah berakhir bila kau masuk matrik, masuk universiti, masuk politeknik, atau masuk apa pun yang penting kau berhenti dari sekolah. Masuk pusat serenti atau masuk penjara juga misalnya.

Bila kau sudah rasa selesa, pasti hati berat meninggalkan perkara rutin yang kau lakukan. walaupun mungkin hati rasa happy. Tapi pasti ada satu saat itu kau rasa sedih. rasa Seperti kau dalam satu bilik kosong. dan hanya kau saja yang tinggal disitu. Tanpa teman..keseorangan.. aku rasa itu tadi..Sentimental..

Betul kata orang, untuk kau bertahan dalam satu perkara, kau perlu jatuh cinta dengan apa yang kau buat. macam apa aku alami sekarang. Aku beri hati dengan kerja ini. Walaupun hanya Research assisstent yang kadang bekerja sebagai admin dan sebagainya, tapi itu sangat bermakna dan beri banyak pengalaman.

Ya perlu jatuh cinta, bukan setakat kerja, tapi setiap apa pun yang kita lakukan. Masak misalnya. baru kita akan rasa bersemangat setiap kali.

Sudah menjadi takdir perkara begini. Dan apa pun yang berlaku, kita harus pandang kehadapan untuk pastikan kita bergerak mencari arah. dan sesekali tolehlah kebelakang untuk mencari iktibar..

Kepada mereka rakan sekerjaku, ya, mungkin kamu tak dapat baca tulisan kacak ini. Aku hanya ingin ucap terima kasih. Sangat berterima kasih. Banyak perkara aku belajar dan faham. Dan itu semua atas bimbangan kamu, kamu, kamu dan kamu..

Ingat, pengakhiran itu sebenarnya satu permulaan...,

Sekian..

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah di atas pengalaman kerja anda

Anonymous said...

same-same

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian