Sep 16, 2012

Jejak pelamin..,

Sebenarnya aku kurang faham apa maksud jinjang pelamin. Yang aku tahu, jinjang pelamin ni kahwin. aku tak tahu kalau jinjang tu ada maksud lain tersirat, kerusi misalnya,..sebenarnya, aku malas nak cari.

Setiap manusia, tak kira jantina pasti ada rasa ingin kahwin. ingin ada teman hidup. Ingin ada pasangan sehidup dan semati. Semua ini normal sebagai manusia.

Tapi keterujaan itu kadang menyebabkan ramai tersilap menilai pasangan. Tersilap memilih pasangan. Yang akhirnya membawa malang kepada diri.

Perkara yang bersifat jangka panjang wajib dinilai dari segala segi. Dari luar dan dalam. dari setiap celah dan sudut. Hanya manusia bodoh yang akan menerima orang lain sebagai pasangannya tanpa berfikir panjang..

Jadi, sebelum kamu berniat untuk tukar status diri, sila pastikan segala hal sudah diselidiki. Segala hal sudah mencukupi. Jangan ambil jalan mudah demi kepuasan yang mungkin bersifat sementara. Sebelum menyerah kepadaNya, kita harus berusaha dahulu memperbaiki segala kekurangan..

Jangan sampai tagline bahagia hingga ke anak cucu cicit itu tidak akan menjadi kenyataan..

Ps : beri peluang orang lain berfikir..

2 comments:

Anonymous said...

selamat pengantin baru

Anonymous said...

terima kaseh he -author kacak

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian