Sep 10, 2012

Arah..,

Kebelakangan ni, aku semakin hilang arah. Hilang punca kemana dan dimana aku harus tuju. Hidup ini aku sudah tak lihat harus bermula dari mana. Aku sesak sendiri. Aku ketuk kepala, tak bermimpi.

Aku terasa terasing ditempat ini. Walau banyak rakan, semua hilang ntah kemana. Bukan tiada, tapi aku suka memilih untuk luah segala beban ini. Takut menjadi bahan cemuhan bila berlaku perselisihan. sekarang, manusia sudah tidak boleh dipercayai. suami isteri pun boleh saling 'tikam menikam', apetah lagi kawan yang tiada talian rapat. Tiada salah untuk berwaspada.

Sudah beberapa bulan fikiranku tenang. Setelah dihempas dengan pelbagai sepak terajang kehidupan. Sekarang walaupun tidak baik, tapi sudah boleh buat aku tersenyum sedikit. Sedikit itu sudah besar artinya bagiku. Mujur ada rakan yang masih setia ada..

Sebut pasal rakan, aku teringat seorang ini. Mungkin Allah ingin aku kenal dia kerana secara tidak disengaja aku dan dia boleh saling kenal dan saling bertukar fikiran dan idea. Kadang bergaduh juga..

Aku hanya berhubung melalui pesanan ringkas (sms) sahaja, tiada calling-calling.. facebook pun jarang sekarang. Aku dan dia tak pernah berjumpa. Eratnya aku dengan dia sebab selalu bertekak menegakkan benang masing-masing. Atas banyak isu. Paling banyak tentang politik.

Tapi, tiada salah berbeza pendapat..kan?

Mungkin dia akan baca artikel ni..Thank you to you..Terima kaseh menjadi 'teman bergaduh' . Aku mungkin akan terasa sepi tiap kali, jika tiada teman seperti kau..,

Sekian

3 comments:

Anonymous said...

same-same

Anonymous said...

makin banyak nak gaduh ni...bersedialah mental anda

Kosong said...

takutnye...:)

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian