Aug 11, 2012

Terperangkap..,

Hari yang berlalu, aku rasa seperti sia-sia. Bangun pagi, pergi mandi, menghadap laptop, baca journal,.. Dan kadang aku terlupa sebab apa aku harus berada disini. Sebab apa aku masih tidak keluar daripada sini. yang mengerjakan rutin harian yang hampir sama setiap kali.

Bangun daripada tidur, aku berharap sangat semua keadaan berubah. Berubah supaya semua apa yang menjengkelkan dalam fikiranku hilang seperti hilangnya mimpi yang aku alami malam itu. Aku berharap payah yang aku lalui ini hanya canda yang timbul tanpa memberi kesan apa-apa.

Tapi, kisah hidup ini bukan seperti kisah sang pari-pari. Yang boleh dilenyapkan dengan memejam mata, atau dengan menggunakan ilmu magic. Itu aku pasti. Kisah hidup adalah perkara yang perlu kita lalui dan atasi dengan sebaik mungkin..

Aku jejak kembali masa,

Aku sering terasa terperangkap dengan kesesakkan jiwa. terperangkap dengan situasi. Terperangkap dengan masa yang mendesak, melihat jejak yang perit. Dan kadang itu aku jadi hilang punca untuk memberi perlawanan yang jitu kepada kehidupan..

Terjerumus dengan dunia membuat kita semakin leka kepada sang pencipta. Kita terlupa kenapa kita diuji pelbagai cara. Kita terlupa melihat kemungkinan itu adalah kekuatan yang harus dipupuk sebelum beroleh kejayaan. Mereka yang sedar awal itu,payah untuk berasa riak kelak. Mungkin mereka tahu apa itu perit kehidupan.

Semakin aku fikir tentang masa, semakin aku rasa tertinggal dengan pelbagai perkara. Masalah kerja, masalah pengajian, masalah cinta. Semakin suntuk terasa hingga bila aku bangun setiap pagi, terasa aku telah lewat berbuat sesuatu. Bukan kerana lewat bangun atau apa pun, tetapi bila mata tersedar, aku seperti tertinggal kebelakang. Aku tidak tahu apakah perasaan itu..

Aku baru merasai apa itu tertekan, apa itu stress, apa itu bebanan, apa itu tanggungjawab. Dan kadang aku seperti tidak mampu untuk menghadapinya. kau pernah?Terasa diri tidak berguna. terasa diri tidak mampu. Tetapi tiada apa mampu kau lakukan untuk mengubahnya..




1 comment:

Anonymous said...

Selalu jjur.. Dan bterus-trng.. Pasti hatimu lbih tenang.. Pecayalah ^_^

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian