Aug 5, 2012

Korban hati..,

Aku syak sekarang ni semua orang tengah tidur. Sebab perlu bangun sahur pepagi nanti kan?. Aku dari tadi berkali-kali cuba untuk lelap. Tapi mata sangat degil. Mungkin terbiasa tidur lewat. Teruk..

Sekarang suasana dunia masih dalam mood Olympic. Begitu juga aku. Teruja melihat Lee chong wei dengan Azizulhasni punya performance. Bab-bab sukan ni, rakyat malaysia bersatu gila babi. Cuba buka bab politik, mahunya bertumbuk tampar. Nampak sangat politik Malaysia ini memecah belah.

Sekarang juga, musim orang ramai membeli baju baru, kasut baru, langsir baru, meja baru, semua baru. kalau boleh tukar juga bini baru. Yela, konon nak meraihkan kemenangan setelah sebulan berpuasa. kan?Padahal nak membazir.

Raya ni seperti raya tahun sebelum sebelumnya juga. Beraya berseorangan. Perantau itu harus biasa dengan suasana begini. Perlu tabah mendengar lagu raya, takbir raya. Aku ingat lagi, seorang ustaz kata, sepatutnya takbir raya tu, kita patut berasa gembira, kita patut berasa excited kerana meraihkan kemenangan. Bukannya bersedih seperti kebiasaannya. 

 Sekarang, aku cuba mengaplikasikannya.. Tapi kompem je takbir raya tu mendayu-dayu. Kau bayangkan je, orang lain sibuk di rumah masing2, makan, bertepuk tampar, dapat duit raya, usik jiran tetangga, kau pulak, duduk dibilik yang jauh dari suasana begitu. Ditambah lagi dengar lagu raya arwah Sudirman, tak pun Aisyah. Mahunya meraung sorang-sorang dalam bilik. Kau tahan?

Aku selalu pegang kata-kata, kalau nak berjaya, perlu ada pengorbanan. Kalau nak tahu apa akan jadi kita selepas ini, perlu lihat apa usaha yang kita lakukan sekarang. Jadi perlu kuat untuk berusaha.

Ps: benci dengar lagu raya, tak tahu kenapa huhu..

4 comments:

akuadalahaku said...

Weh, jom r dtg raye...siyes ni...

Kosong said...

jom jom, dekat mana??

Kosong said...

eh ini siapa? kehkehkeh

akuadalahaku said...

Kt umh i la..jom jom

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian