Aug 26, 2012

Harus memilih..

Bila kita sayang seseorang, kita akan berusaha untuk menjaganya, kita akan berusaha untuk melindunginya daripada diganggu orang lain, kita akan berusaha untuk mengembirakannya. kalau senyuman terukir dibibirnya atas usaha kita cuba mengembirakannya, maka itu adalah perkara yang sangat manis untuk diingati..

Sebolehnya, kita akan berusaha untuk menjaga segala-galanya, dari sekecil-kecil hal, hingga ke sebesar-besar perkara. Thats what we called love. Suka dan sayang adalah berbeza. Suka adalah satu perasaan yang muncul secara tiba-tiba. Ini berlaku bila kita mungkin baru pertama kali berjumpa dengan seseorang, atau merupakan pengalaman pertama kita.

Perasaan suka ini berlaku tanpa kita sedari. Mungkin kita suka dengan senyuman, mata, hidung, pipi, suara, rambut atau apa pun. Perasaan inilah yang menyebabkan kita kadang terleka melupakan apa yang kita sayangi..

Berlainan dengan perasaan sayang, perasaan ini perlu dipupuk dan memakan masa yang agak lama. Perasaan sayang kadang tidak memerlukan kepada sesuatu sandaran seperti paras rupa,pangkat, darjat dan sebagainya, tetapi perasaan ini berdasarkan Hati..

Jadi, jika tersilap langkah memilih antara suka dan sayang, memang padah dia amatlah besar. Mata selalu menipu tapi tidak hati. Sebab itu ramai kes ditinggalkan suami/isteri, kes kena tipu kekasih, suami/isteri, kes perceraian dan sebagainya.

Ramai manusia seronok dengan perasaan suka yang bersifat sementara hingga sanggup melepaskan apa yang disayanginya. Akhirnya, jadilah dia seorang desperado yang loser..

"Dalam perasaan sayang ini ada perasaan suka, tetapi dalam perasaan suka itu pasti tiada perasaan sayang."

Kita mungkin melakukan kesilapan dalam soal ini. Itu tidak mengapa, Allah itu maha mengetahui, mungkin dia telah menetapkan nasib kita berbeza. dan apa yang paling penting, mungkin itu bukan jodoh kita..

Sekuat mana pun kita berusaha dan beriktihar untuk menjadikan seseorang itu milik kita, menjaga seseorang itu daripada tidak terlepas kepada orang lain, tapi kalau takdir Allah telah menetapkan telah tiada jodoh, maka tiada jodoh.

Tapi, usaha kita itu juga harus dipuji..

Renung kembali segala kerugian yang kamu hadapi bila mempertahankan sesuatu perkara yang tidak jelas. Yang kamu sendiri tahu itu adalah sia-sia. Berbaloi?

Ps: Allah please helps me, iam sins..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian