Jul 6, 2012

Terbengkalai..,

Banyak benda tertunda sejak kebelakangan ni. Kadang bila aku toleh kebelakang, hampir seperti gunung tingginya kerja yang aku tinggalkan. Bukan sengaja. Ada yang terpaksa ditinggalkan kerana kurang mampu untuk dilaksanakan.

Hal yang selalu mengejarku setiap hari itu selalu menekan jiwa. Master aku maksudkan. Banyak perkara berlaku diluar kawalan. Soal Master ini aku seolah-olah terkapai-kapai mencari tebing untuk berpaut. Kalau aku dapat kayu buruk sebagai pelampung pun juga sudah cukup baik. Tapi, aku masih terapung mengikut arus masa. Tiada tentu arah.

Aku risau, tapi aku berbuat rileks.

Tiada apa yang mampu aku perhaluskan. Aku sudah mendesak banyak pihak. Tapi jadah masih lagi seperti itu. Hanya mulut berbuih berkata. Hanya otak perit memerah idea. Tapi masih lagi payah menghasilkan buah fikiran.

Satu perkara aku selalu teringat. Bila terasa dada sesak menerima tekanan hidup. 'Bersabar, bersabar dan berdoa" adalah amat diperlukan. Biar aku usaha sedikit dahulu. Tuhan pasti akan pandang usaha itu .

kan?

P/s : aku nak mulakan projek buku yang dah hampir setahun terbengkalai. Boleh?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian