Jul 22, 2012

Puasa..,

Aku belajar puasa sejak kecik lagi. Mak aku biasanya kejutkan aku dan adik aku bangun sahur. Masa tu tak sekolah lagi, tapi mak aku salu je paksa bangun sahur. Biar dapat barakah katanya. walaupun masa tu aku rasa beban gile nak bangun. Kadang aku sekadar minum air. Tak pun gigit ayam je. Begitu juga adik aku. Malah lagi teruk dari aku, dia tak nak bangun langsung. Menangis bagai.


Lepas tu pepagi nanti dia akan bagi alasan tak sahur untuk makan lauk sahur semalam kehkeh. Padahal baru pukul 8. Peel macam aku tak tahu. Aku dulu dah guna skill gitu hikhik..Aku baik sikit dari adik aku, buka masa pukul doblas. Azan Zohor tepatnya.


Masa tu aku terfikir kalau puasa separuh separuh hari, boleh jadi sehari puasa bila digabungkan. Bebudakkan. Kadang tu, awal pagi pun aku dah makan. Mak aku marah, tapi dia tak bebankan sangat. Alhamdulillah, mungkin sebab selalu kejotkan sahur kot tu yang jadi terdidik..


Biasanya, setiap orang pasti akan kata rumah adalah tempat paling seronok untuk puasa. Tapi bagi aku, asrama adalah tempat yang sangat syok. Sungguh. Sebab makanan setiap hari adalah pelbagai kehkehkeh..


Lepas tarawih boleh melantak lagi. Moreh. Cikgu-cikgu yang budiman pasti  bersedekah buat makan makan sikit2 lepas tarawih. Padahal, bukan makan kecil kecilan bagiku, tapi boleh termuntah muntah. Rezeki setiap hari pasti ada. Sukur..


Yang tak syoknya bila terawih berimamkan ustaz ygn baca sangat perlahan. 8 rakaat tu macam 20 dah gamaknye. Member aku sampai set timer nak tengok berapa lama dia habiskan 2 rakaat compare dengan ustaz yang lain esoknye. kehkeh..Nak cepat habis bukan hape, Ye la, sebab nak studi kan. ok tipu, sebab makanan dekat luar surau dah tersedia kehkehkeh..


Tu belum lagi cerita bab2 main mercun kacau bebudak perempuan yang kadang sengaje mintak dikacau tu khekhek. lagi la terasa syok dok asrama. Tapi aku tak join pun kacau. Aku just tengok dari jauh je sambil geleng-geleng kepala tengok gelagat adik adik junior..


Itu 7 tahun lepas. Sekarang aku dah sampai di sini. Bertapa tak sudah sudah di menara gading. Apa yang samanye, masih lagi sambut Ramadhan berjauhan dari parents. Tapi nak berjaya perlu ada pengorbanan..kan?


Semalam puasa pertama aku sahur minum air je. Aku syak ini sebab pemalas aku makin menjadi jadi. Nak salahkan saitan, dorang dah dirantai . so, kompem la berbalik kepada diri sendiri huhu..


Semoga puasa ini bukan puasa yang terakhir bagiku..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian