Jul 17, 2012

Pesen artis zaman sekarang..,

Sekarang ini timbul satu fenomena yang bagi segelintir orang lain adalah luar biasa. Bagi aku ianya hanya perkara biasa saja.  Fenomena itu ialah artis berhijrah menjadi ikon muslim muslimah yang baik. Aku suka, kerana ini adalah perkara yang baik. Alhamdulillah.

Tapi apa yang bagi aku agak cliche ialah bile ada pihak mengaitkan secara langsung, masuk dalam politik yang cacamarba itu adalah salah satu taubat, dakwah dan sebagainya. Dan ditambah buruk lagi bilamana ada golongan yang menjulang-julang artis ini sebagai seorang sri kandi islam seperti Sumaiyah atau Aisah r.a misalnya.

Bagi aku ni cacat celahnya.

Sampai ada yang sanggup bergaduh, memaki hamun, dan sebagainya semata-mata konon kerana mereka ingin membela pejuang agama Allah ini. Bagi aku mereka tidak banyak membantu melainkan hanya untuk meningkatkan sokongan politik sesetengah pihak sahaja. 

Agama islam itu tidak akan memecahbelahkan umat jika dibawa dengan baik. Malahan iannya menimbulkan perpaduan. Kerana kita berjuang atas nama ahli sunnah wal jammah. Berdasarkan Alquran dan Hadis.

Bukan berjuang atas warna parti yang kau anuti. Bukan berjuang atas rasa ingin memartabatkan parti so called islamic. NO. Jika itu berlaku, budaya kafir mengkafir pasti akan subur. Budaya 'kau tak seislam aku' atau 'aku saja islam, kau tu tak seislam aku' akan mekar mewangi.

Dan apa yang aku pelik, bila ada retis retis yang dah bertaubat dan masuk parti politik ini berceramah,(ada artis yang benar-benar bertaubat dan menjauhi dunia hiburan secara total dan mendalami ilmu agama) pasti akan menyalahkan kerajaan dulu yang menyebabkan dia terjerumus dalam dunia hiburan secara umumnya. 

Bagi aku, mereka bukan mengajak orang lain yang 'seperjuangan' dengan dia menjadi baik, atau mendalami ilmu agama, akan tetapi mereka ini hanya meningkatkan sentimen kebencian dan saling tuduh menuduh.

Senang cerita mereka menyalahkan orang lain atas keburukan yang mereka lakukan. Ini adalah perkara memalukan dan tidak bertanggungjawab.

Aku berharap artis yang telah terbuka hati menjadi lebih baik ini lebih banyak meluangkan masa beribadah, pergi usrah ke, dalami ilmu agama ke daripada meluangkan banyak masa berceramah soal ketidakpuasaan hati kepada pemerintah atau ceramah tentang diri yang dulu hina dina, sekarang menjadi sri kandi islam.

Dan kepada para kipas mati para artis ini, marilah berlapang dada terhadap semua perkara. Jangan mentang-mentang kau penganut parti yang kau kata memberikan kau pahala itu, maka kau dengan sewenang-wenangnya memaki hamun orang lain, mencaci dan banyak lagi perkara yang tidak baik kepada orang lain.

Pahala itu datang dengan kebaikkan yang kau buat, bukan dengan kau hanya menjadi penganut parti politik.


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian