Jul 9, 2012

Perkara..,

Banyak perkara berlaku kebelakangan ini. Dan banyak benda terlepas untuk aku tulis. Mungkin disebabkan malas tu selalu menyerang diri. Dari perkara yang penting hingga perkara yang kurang penting. 

Biasanya aku rajin je tulis. Konon untuk tatapan anak-anak aku kelak kehkeh. Tatapan aku bila aku dah berusia jugak. Mungkin Sebagai sumber memuhasabah diri kelak. Tapi betul kata pendapat. Malas itu pembunuh segala hal.

Antara perkara yang paling aku tak dapat lupa yang berlaku baru-baru ini ialah bila aku solat dekat mall salah arah kiblat. Rasa macam mualaf je. Nasib baik ada jemaah yang sama lewat solat macam aku. Malu tu Tuhan je tahu. Pengajaran kepada kamu, kamu, jangan solat tergesa-gesa dan jangan solat akhir waktu..

Pejam celik pejam celik, dah separuh dah tahun 2012 aku jalani. Masa pantas bergerak..Kejap lagi dah Ramadhan. Lepas tu raya. tup tup kiamat..Ya Allah cepatnya kini masa berlalu..

P/s : Jangan berbuat perkara sia-sia..,


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian