Jul 22, 2012

Luka,..

Orang kata, bukan aku yang kata, hati bila dah terluka sukar untuk ianya sembuh. kau balut lah dengan apa pun. Kau berilah ubat apa pun. Pasti luka itu akan berdenyut denyut setiap kali kau pandang.

Ibaratnya seperti sakit kencing manis. Luka yang kecil tertusuk jarum itu pun boleh membawa malapetaka hingga boleh kudung tangan kaki dan sebagainya. Begitu juga hakikat sakit rohani yang berkait dengan masalah hati.

Hati merupakan penghulu diri. Rosak hati maka rosaklah keseluruhannya. Biarpun muka kau cantik seperti Abby Abadi misalnya. Atau hensem seperti Tom cruise. Semua tidak akan berguna jika hati itu rosak. Cacat celahnya pasti akan terzahir juga kelak.

Dulu aku ada rakan. Masa tu aku masih lagi di pra-unibersiti. Mula mula kenal, dia agak ceria. Bergurau bagai seperti tiada apa masalah. Last-last, bila aku selalu lepak dengannya. Aku selalu berteman bersamanya. Bertepuk tampar bagai, baru aku tahu dia itu menjadi hipokrit dihadapan orang lain semata mata cover diri dek kerana hatinya yang rosak kerana cinta.

Aku pun tidak tahu, kenapa rakan selalu menjadikan aku tempat untuk meluahkan segala beban dihati. Menjadi crying shoulder bagai. Mungkin aku ada kebolehan dalam bab kaunseling mengkaunseling.kan? 

Aku syak mungkin disebabkan aku ni kacak. hikhik. Tapi itu perkara yang tidak boleh aku hindarkan. Mungkin aku harus menilai semula untuk menukar bidang kajian kelak.

Berbalik kepada masalah hati rakanku. Masalah cinta mudahnya. Dia tidak dapat menanggung beban apa yang dirasainya hinggakan dia kantoi spm (tak la kantoi sangat). lepas tu dia sambung belajar f6, then jumpa aku yang kacak ini.

Dia terpaksa masuk asrama untuk mengelak dirinya terfikir dan berfikir tentang benda yang bodoh terjadi kepada dirinya. Menurut cerita, bukan salah dia berlaku perkara tersebut, tapi salah ex dia yang sangat sundal dan teruja melihat lelaki lain.

Hingga lupa lelaki yang dulu pernah menangis bersamanya. Hingga lupa lelaki yang banyak berkorban untuknya. Hingga lupa diri bahawa dulu dia yang mengungkap janji dan dijajah ke merata rata. Tapi itu manusia. Melihat tanpa akal.

Bila dia selalu bercerita, meluah segalanya, aku selalu terfikir, kenapalah manusia itu terbeban dengan cinta manusia? kenapalah manusia itu sanggup mendustai orang lain demi kepentingan diri sendiri? banyak persoalan dulu aku tanya kepada diri. Dan bila aku alami, baru aku tahu beban itu bagaimana rupanya.

Aku banyak nasihat dia supaya membizikan diri. Biar hilang segala ingatan kepada hati yang bermasalah itu. Dia non muslim, maka aku malas nak nasihat dia berkait soal rohani. Lagipun, aku dengan dia sering saja berdiskusi soal bible dan al quran.

Point yang aku nak jelaskan ialah once kau alami bab luka dan melukai itu, baru kau tahu hati merupakan perkara utama yang penting untuk kau jaga, belai, baja dan sebagainya. Jangan sampai calar, jangan sampai luka. Kesan dia bila luka sungguh luar biasa dan boleh mengubah seseorang itu 360 darjah.

Aku pernah rasa itu semua. Malah mungkin lebih teruk daripada kisah orang lain. Bukan tujuan untuk ungkit bagai terhadap apa yang sudah berlalu. Tak. Tiada guna apa pun. Tiada memberi faedah kepada sesiapa. Tapi aku kadang tidak dapat lari untuk memandang segala persetan itu disebabkan khilafnya aku sebagai manusia.

Cuba jangan bersandiwara dengan diri sendiri..,


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian