Jul 18, 2012

Gilak..

Ada satu kegilaan yang aku nak kongsi disini. Bukan pasal kegilaan lelaki kepada perempuan ke atau kegilaan perempuan kepada lelaki sebagainya, Tak. Itu menyundal namanya. Ini kegilaan yang aku rasa lain dari yang lain. sepesel mungkin..

Tapi mungkin mereka yang pernah berkecimpung dalam kegilaan ini akan kata, apadehal lah benda gini. kan? Apa aku nak cerita ialah  kegilaan dengan barangan branded. Berjenama adibas ke, niki ke, pumas ke, dunhill ke, crock ke, ivisu ke, dan banyak lagi yang korang boleh google sendiri. sampai selipar pegi toilet pun jenama niki yang rega Rm60. 

Aku rasa ini bukan pasai kaya ke tak kaya, tapi ini mungkin pasal kepuasaan yang gila..

Dia beza tau, dengan orang yang berlagak nak menunjuk-nunjuk barang dia mahai kononnya, dengan orang yang memang addicted dengan barangan berjenama ni. Siyes. Biasanya, mereka yang addicted tu, kita sendiri akan perasan tanpa dia bagitau yang dia pakai segala benda tu adalah branded hatta boxer adalah hand made. Mahal bahasa sematnya.

Tapi kalau pesen-pesen yang nak berlagak pula, kalau boleh, barangan yang dia guna tu dia akan letak tag  sebesar alam supaya orang lain akan kata 'uiii mahainye'' berjambol kataku yakin!!aku syak dia ingin  hidung dia kembang dan dalam hati kata 'Hoi lihatlah dunia, aku pakai baju John Master benang emas rega Rm300 ni" Pernah rasa tak member berlagak gila babi gitu? Kalau ada, sila kata ke dia, apa guna baju mahal tapi riak. kehkeh..

Berlainan yang memang hidup dia suka dengan barangan branded ni, dia rilek, kool, kacak. Dia berlagak pun bila ada orang lain cuba nak berlagak depan dia. Kalau aku tengok, macam-macam ada jenama lekat dekat badan dia. Kalau dengan rega baju dia sehelai tu, aku rasa, 3 helai baju lain dengan rega rm80 pun boleh beli..

Kadang orang pesen gini ni, bukan dia nak tengok lawa ke tak apa yang dia guna, baju ke misalnya, atau seluar ke hape. Apa yang penting bagi dia ialah berjenama.

Aku kalau makwe pesen gini, tak tau lah nak buat apa. Kalau tadi aku ni anak datuk ke, kerja gaji ribu riban ke ok jugak, ini kalau pesen pesen keje kuli batak, mampuihlah jawabnya..


' tiada keretaku bawa kau jalan jalan, rumahku pun ada tapi bapak punya" 

Baik simpan duit pegi berjoli jola kan kan kehkeh. Nasib aku takde kegilaan itu..kacak sungguh aku..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian