Jul 11, 2012

cinta..,

Lain orang lain pandangannya berkait soal cinta ini. Bagi aku, perbezaan itu mungkin disebabkan faktor sekeliling mereka yang mengubah persepsi dan segala macam hal tentang cinta. Aku juga begitu.

Pengalaman aku yang lepas lepas soal cinta banyak memberikan aku definasi baru tentang cinta. ya, aku juga manusia normal yang pernah bercinta. Hati kadang sukar dibendung untuk menyanyangi orang lain.

Kalau dulu, aku merasakan cinta itu berlandaskan hati semata-mata. Soal bentuk luaran adalah soal kedua. Walaupun mungkin kategori perempuan yang aku suka selain wajib seksi, mereka juga mestilah yang cantik menarik kau memang dabom. Namun, itu bukan keutamaan.

Ok aku tipu soal 'keutamaan' itu. kehkeh.

Aku juga memilih yang sedap mata memandang. Seksi, mantap dan sebagainya.Tapi sekarang baru aku faham. Itu tidak menjamin untuk kekal bersama. Apa sebenarnya yang penting dan kita terlupa untuk perati adalah hati. Yes hati.

Apa tujuan kau bercinta? persoalan ini seringkali dipandang enteng walaupun impaknya adalah cukup besar oleh sesetengah orang termasuk aku. Satu tujuan bagi aku yang cukup utama iaitu untuk happy dan diredhai. Semua ini kerana kau ingin bahagia, kau ingin happy, kau teruja dan kau semaunya sentiasa ingin senyum.

Bila kita dah happy, adakah kita ingin semua itu berakhir? tidak. Tiada siapa ingin semua itu berakhir dengan mudah. Sampai ada yang berdoa semoga kebahagian itu kekal ke anak cucu.

Tapi bagaimana untuk mengekalkannya?

Semua itu sebenarnya berbalik kepada hati. Yes HATI. Rupa tidak menjamin kepada kesetiaan. Bila kau perasan cantik, kau akan teruja bila ramai yang minat. ramai yang kirim surat. Ramai bertanya number phone dan sebagainya. Kau boleh tahan? apatah lagi setiap hari kau mendapat pujian berkarung karung. kan

Lebih-lebih lagi yang datang menggoda itu seperti adyshah Aaron Aziz misalnya. Sedikit sebanyak kau pasti akan terrr curang. nampak tak bibit bibit persundalan itu bermula? Hati beb. Soal setia kompem akan ditolak ketepi.

Begitu juga lelaki-lelaki yang perasan hensem. Kau boleh tak tahan bila ramai perempuan datang mendekati? yang semua kebanyakkan pesen pesen angelina juli atau Fauziah gaud itu. Sekali dua datang, yes bolehlah tahan, tapi kalau dah kerap kali, mesti akan terliur juga akhirnya. dan seperti biasa, soal setia pasti akan ditolak ketepi.

Aku sebenarnya bernasib baik. ya, Sebab aku tidak terkategori lelaki Hensem.Sungguh.. manis mata memandang saja kehkeh..

Banyak pengalaman aku pernah lihat dan alami. Dari pengalaman sendiri, sampai ke pengalaman rakan-rakan. Maka disini perlu kita tahu. Yes memang tidak dinafikan kita perlu dan inginkan pasangan kita mempunyai paras rupa yang cantik menarik kau memang dabom.

Tapi pandang pandang juga hati, kerana itu sebenarnya penentu kebahagian dan kegembiraan itu kekal. Tidak salah kita berusaha memperbaiki keadaan sebelum berserah kepada Qadak dan qadar. kan? 

Lihat agama ajar soal memilih pasangan. Apakah keutamaan yang perlu dipandang.

Selalulah bermohon kepada Tuhan..

(Nak pilih yang baik, yang cantik tertarik kau memang dabom, beragama bagai, kau juga perlu setaraf dengan apa yang kau nak)


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian