Jul 14, 2012

Ada tiada apa beza?

Jauh itu sangat lelah,
Payah dalam keharuan,
Kadang bisa menikam hati mati,
Kata hanya mainan berlagu,
yang sering diputar ulang berkali kali,
Biar rasa diri menghargai walaupun tidak,
Sungguh,
Disorok bagaikan bangkai,
Menutup segala agar tidak terpalit kehinaan,
Mungkin kataku,
Atau ada cerita disebalik begitu,
Takut untuk diperkata,
Mungkin ada betulnya,
Diguna bila ada perlu,
Bila tiada, apa perlu lagi disimpan?
Mungkin hina bila dibicarakan,
Apatah lagi kepada teman,
Siapa mahu rasa terhina?
Aku saja tidak mahu,
kan?
Tunggu saat bila tiada lagi rasa itu
Bagai burung pulang petang..
Tak mengapa,
Yang buruk memang harus disimpan..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian