Jun 4, 2012

Saitan..,

Banyak perkara bermain dalam fikiranku. Kalau aku luahan di lautan, nescaya akan berlaku ombak tsunami, kalau aku luahkan di kaki gunung, nescaya gunung akan luluh tidak dapat menahannya. Hati aku terlalu kelam dengan pelbagai perkara.

Aku tidak tahu arah mana harus aku tuju. Aku hanya mengikut langkah hati kaki yang longlai kemana saja dia ingin pergi. Punah segala bila difikirkan. Hati aku terus menerus berkeras untuk menerima segalanya atas nama Tuhan yang satu. Ya aku sedih. Siapa kata aku tidak bersedih? Siapa kata aku tidak terkesan. 

Biarlah perkara itu berlalu. Janjiku selalu. Tiap kali bila saitan membisik ditelingaku. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku esok hari. Maka aku biarkan segalanya. Kukuh kekar walaupun berkali-kali dikhianati ombak. Saitan. Yang perlu, aku harus kurangkan segala rasa ini dan perlu fokus kepada jalan hidup yang lain.

Bodoh!!, marahku keluar bila saitan itu datang bersama dendam.

Ini ujian kepada ku lagi. walaupun telah berkali-kali aku diuji. Presentation paper juga semakin aku ketepikan. Padahal itu bahan yang cukup penting menjadi acuan kepada apa akan aku jadi kelak.

Tuhan apakah ada hikmah lagi yang tersisa?

#Me: seperti aliran sungai

1 comment:

Anonymous said...

ceritalah tentang kebesaran Allah, nescaya yang lain akan terasa kecilnya

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian