Jun 28, 2012

Pesen-pesen lawa, kononnya..,

Aku pun tak tahu zaman sekarang ni. Pesen bebudak perempuan makin menjadi-jadi. Kalau tadi  pesen tersebut makin mencantikkan, melawakan, mempesonakan diri mereka dan sekali menutup aurat mereka, ok. Boleh diterima. Tapi ini TAK..

Kadang seram juga melihat pesen zaman moden ni. Bayangkan pesen tudung lilit sampai nak terbelit, tercekik. Aku rasa tudung je pun mungkin guna sampai 10 meter kain. Itu baru tudung. Nak lilit punya pasai sejam gamaknya. Dah tu, dada yang sepatut disorok, tak pula disorok. Padahal kain dah berpuluh-puluh meter dah guna.. Trend gamaknye.

Satu lagi pesen tudung aku rasa macam pelik ialah, bertudung tapi subang yang besaq gedabak tu dibiarkan keluar dari tudung. what the heck? So nampak la sikit cuping telinga. Tapi pesen punya pasal.kot.

Kebanyakkan kritikan negatif masyarakat banyak kepada pemakaian tudung. Aku pun tak tahu samaada mereka sedar atau tidak kritikan itu. Mungkin mereka merasakan segala kritikan itu merupakan pemangkin untuk mereka meneruskan lagi aktibiti berpesan  begitu. Ntah aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu kritikan itu semakin jelas. 

Tak percaya, cuba jalankan servey. Tanya 10 orang yang ada disekeliling kau. Respondent kau, jangan mereka yang mengamalkan pesen itu. So lihat result yang kau dapat..

Dulu aku pernah sembang dengan beberapa member perempuan yang selalu mempelopori pesen-pesen zaman moden begitu. Dia boleh cakap dengan aku lagi, kau ni tak tahu pesen jaman sekarang. Beginilah orang selalu guna. Ketinggalan zaman betul. Banyak lagi lah ayat pedas bercuka dikeluarkan..

Aku petik ada seorang member facebook pernah berkata. " tidak mengapa aku ketinggalan zaman berpesen, tapi jangan  sampai aku berpesen ikut umat akhir zaman'

Ikut uai cakap, tak bertudung ni tak salah. Janji kau tutup aurat. Pakai Baldi pun ok tutup kepala. Kau tau, uai bukan sesaje buat lawak nak jadi seperti geng maharajalawak. Tapi itu kritikan pedas beliau betapa pentingnya menjaga aurat.

Satu lagi pesen yang selalu menjadi kritikan ialah pemakaian legging. Ini semua perempuan yang mempopularkannya. Aku tak tahu apa jadahnya pesen gini. Nak kata lawa. hudoh. Nak berseksi kononnya, baik berbogel je la. Pakai bikini ke hape. Sekali biar orang lain puas menikmati. Pesen berlegging ni aku tengok banyak dpopularkan oleh mereka yang dah ada anak. Maksudnya dah berkahwin. Ingatkan, dah makin meningkat umoq takutlah ke mati, tapi makin nak melaram. 

Lagi semat bile berlegging tapi bertudung. Lemah semangat tengok..

Ada seorang ustazah dulu pernah cakap, 'pakaian syurga neraka'. Gamaknye ini kot pesen-pesen yang dimaksudkan beliau. Telahanku lincah..

Berfikirlah sebelum ikut trend..

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, semoga terus istiqamah menjaga pandangan

Kosong said...

hehehe

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian