Jun 29, 2012

Kisah kad Bank..,

Pagi tadi spoil gila. Aku dah rasa cukup kacak dah. Dengan baju kemeja hitam. Rambut belah tepi kemas aku gerak pergi bank dengan kool. Konon nak keluarkan duit juta-juta. Nak bayar sewa bilik. Masa tu tak ramai orang datang lagi sebab masih awal pagi. Ramai yang baru berpusu-pusu pergi kerja. Aku ni stok pekerja cemerlang. So datang awal adalah perkara biasa. hahaha

Nak dijadikan cerita, masa aku masukkan kad dalam mesin automatik tu, tiba tiba dia  tak berfungsi. Ha sudah, mesti tersekat dekat dalam mesin. Then aku pegi tekan tekan segala butang yang ada dekat mesin tu. Kalau aku alone masa tu, kompem aku dah hentak dah. Tapi tadi takut plak orang kata aku nak rompak pula. Aku sabar. Orang kacak kena bersabar.

Lepas tu, security guard datang. Dia bagitau yang aku kena buat replacement kad je. Aku lega. Kira bolehlah aku buat Master card kononnya. Boleh gores-gores je gitu masa berbeli belah. 

So aku masuk dalam opis bank buat kad. Then malang tu betul tak berbau. Bank tu kehabisan stok untuk Master kad. Dah la aku kena tunggu lama lagi. Pegawai tu kata ramai pelanggan yang kad tersangkut di mesin ATM tu. aku gelak sensorang. Ramai juga yang tak beruntung hari ni. Senasib.

Tapi yang syoknya, sebelah aku ada makwe yang berlesung pipi. Comel. Dah putih. Bertudung ayu. Berkurung kaler oren gitu. Sejuk hati pandang. Serius sangat sejuk mata memandang. Masa tu, aku terasa dia dok pandang-pandang, tapi aku buat kool. Tak naklah gelojoh sangat kan. 

Sekali hambek tak gelojoh, dia dah keluar haram sepatah aku tak cakap. Padan muka sendiri melepas.

Kesimpulan hari ini. Jangan menunggu peluang tapi cipta peluang. Sekian

1 comment:

Anonymous said...

kalau dah berkenan, terus la masuk, nanti melepas

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian