Jun 13, 2012

Don't lose hope. When the sun goes down, the stars come out.

Ada member bertanya, kenapa aku sudah jarang mengulas perkembangan politik negara? 

Soalan ini juga aku tanya ke diri aku. Aku pun tak tahu kenapa, aku dah jadi malas kot. fed up dan sebagainya. Aku bagitau kau, ahli politik ini agenda mereka semua sama. Walaupun manifesto berlainan, atau apa yang dia ingin perjuangkan berlainan, tapi matlamat tetap sama. Semua. Tiada terkecuali. kau tahu apa?? ingin dapatkan k.u.a.s.a..

Aku seorang yang realistik. ah malas aku nak sembang pasai politik. Ada ramai yang nak sembang kuat soal politik dengan aku, tapi bila aku tanya itu ini, tak boleh jawab. Tipikal.

Sekarang, aku suka menulis soal rasa. booo..

Semakin dekat tarikh pilihan raya, semakin banyak isu pelik pelik yang ditimbulkan oleh mereka. Tak kesahlah kalau kau kata parti kau itu so-called islamic. Pada dasarnya kau juga mengejar kuasa. Kuasa yang bila kau memerintah, kau tak akan jalankan dengan baik pun seperti yang kau janjikan. Bukti dah jelas banyak berlaku.

Ramai bising dengan aku ingatkan bahawa kerajaan sekarang perasuah. Benarkan judi dekat genting segala. Bini tak pakai tudung. Pembunuh dan pelbagai lagi cerita telenovela yang hanya berani dibawah mulut ke mulut. Atau bahasa kejinya MENGUMPAT.Mungkin disbabkan dia penganut parti so called islamic, maka dia terlepas daripada dosa. kot..Dasyat.

Hari tu aku ada tanya juga dengan mereka mereka ini, dekat negeri so-called islamic memerintah tu ada keluarkan lesen penjualan arak, kenapa tak larang? dia jawab, sebab itu untuk non-muslim. Nah, begitu juga lesen yang dikeluarkan kerajaan, semua untuk non-muslim. Tapi ada segelintir muslim yang bebal dan tak tau dia muslim ke tak join sekaki. kan?

Jangan jadi, kau buat tak salah, orang lain buat salah..

Lain lagi kesah Altantuya bagai. Penulis blog yang membawa kisah ini juga telah mengatakan dia sendiri tidak tahu. Hanya menceritakan apa yang diceritakan. Mean, tiada bukti kukuh. Andaian saja lebih mungkin..

Tapi sekarang ini, mereka yang mendengar berita itu dari dia sudah bersikap terlebih sudu dari kuah. Lebih tahu daripada mereka yang membuka cerita..lawak tak? Mungkin mereka tidak sedar tu fitnah, atau kerana golongan mereka 'berkopiah' ramai. Jadi tidak mengapa. Dasyat.

Soal negara islam. Aku rasa kalau dah memerintah kelak, pasti 1001 alasan akan keluar juga nanti dari mulut mereka. tuduh orang sana sini. sana kapir sini kapir. Jangan selalu letakkan kesalahan kepada orang lain tapi diri ingin berlepas tangan. Ajak bermuzakarah tak nak.. Ini politik namanya.

Belum lagi bab character assassin. PM yang kita sedai maklum kaya tu pun boleh dipertikai pergi haji guna duit rakyat. Dulu..Bagi aku ini isu yang memang kepala hotak berjambul. Member aku, mak bapak dia kerja biasa pun boleh pergi haji dua tiga kali, apatah lagi PM yang bergaji besar tu. Logik?

Lain lah kalau PM pergi Haji disponsor oleh badan tertentu atas nama HADIAH misalnya. kan?

Sampai PM sah haji atau tak pun mereka boleh tentukan. Kau tengok, betapa tingginya agama mereka, betapa mulianya mereka mereka ini. kan? Ngeri aku..

Sanjung pemimpin gah gila babi, sampai tak boleh sikit orang kritik, tapi tang diri dia???di tak nak perbaiki.. Kau ingat, kau sokong parti tercinta kau tu akan buat iman kau bertambah ke?????? funny..

Bila kita cakap sikit soal fatwa yang banyak dibawah pemimpin mereka yang tak kena, mula lah cakap kita tak faham agama. Kita ni, cetek agama. Dah bila yang kritik tu orang yang dah title 'alim'. Yang ada ilmu. yang telah jadi mufti, juga masih tidak boleh sanggah. Bagi mereka, apa yang keluar daripada mulut pemimpin mereka adalah terbaik, mantap, benar, maksum dan sebaik-baik ucapan..

kan?

# err apa sumbangan Anwar Ibrahim kepada Malaysia sebenarnya? 

3 comments:

Anonymous said...

apa sumbangan kamu untuk Malaysia?

Kosong said...

memilih mereka yang layak memerintah, tahu memerintah, pandai cakap dan buat.

Saya tahu kamu penggemar Anwar, thats fine..

Adakah kamu mempunyai sumbangan kepada Malaysia dengan menyokong parti tertentu? kalau begitu saya juga punya sumbangan. Adakah itu sumbangan yang anda maksudkan?

Anonymous said...

Maksud nya sumbangan kita sama

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian