Jun 21, 2012

Bagaimana untuk diri disenangi orang lain?

Semalam masa aku busy nak buat assignment, aku terblogwalking dekat satu blog. Ok, aku highlight perkataan 'TER". Maksudnya aku tak sengaja. Kerja ni bukan assignment sebenarnya, tapi final exam test. 3 soalan je pun. tapi boleh rabak otak mencari jawapan. Tapi syok daripada degree. Yela tak la kena baca note bagai setiap hujung semester kan.

Berbalik kepada blog yang aku dok lawat tu. Dia ada bagi pelbagai tips untuk diri, untuk keluarga, untuk rakan, untuk kucing dan untuk semua. So disini aku nak kongsi juga tips. Bajet aku pakar dalam memberi tips. kan?.

(Aku tampaq sat lagi sape kata tips yang aku bagi ni tak betul.)

1. Rendahkan diri.
 Rendahkan diri ni bermaksud kau sentiasa kawal nafsu untuk berlagak dengan orang lain. even kalau kau tu terer gile babi dalam satu hal, kau janganlah nak cakap sangat pun. Terer bermain gitar misalnya.Siyes orang lain akan terasa nak lempang berdarah je nanti. Kalau boleh, be cool.

Semakin kau sorok kelebihan diri, semakin itulah tinggi valuenya..Aku misalnya. aku sorok kekacakkan ku, tapi ramai yang kantoikan. menci menci menci..huh..Sampai sekarang aku digilai wanita..Sape kate aku masuk bakul sendiri, kompem ada perasaan jeles dalam hati. booo..

Sungguh aku cakap, Ooang lain akan lebih respek  bila kau itu terer tapi kau tak berlagak. Kau perati je retis ke, ustak ke hape pun. Kalau ada yang dalam hati berlagak ke, atau bersifat sombong ke, kompem haters dorang lebih banyak daripada 'pengipas'. sungguh..

2.Mulut jangan jadi longkang.
Kalau boleh jaga sikit bahasa yang diguna. Jangan terlalu mencarut atau terlalu buat lawak bodoh. Kau akan diperati seperti loser je nanti. Baik belajar untuk bersopan sikit. Jangan sebut benda lucah. Memaki, atau yang sewaktu dengannya. Kalau dengan rakan karib ke lain cerita la.

Apa yang keluar dari mulut kau, itulah melambangkan diri kau sbenarnya.Tapi kalau masa marah mencarut tu dimaafkan kot hahaha.

Tapi, ada juga perempuan yang suka bila lelaki cakap macam nakharom. Memaki bagai. Mencarut. Konon kool. Konon up-to-date. Kepala hotak uptodate. Kalau ada perempuan sepisis begini, jaga-jaga. mesti tak cukup umo lagi tu. Biasa, budak budak baru nak naik. kan? ini pesen-pesen senang kena buli. Cuba perati diri. netau kot kot tergolong dalam sepisis ini hehe

3.Berdiam bila tak tahu.
Aku tengok zaman sekarang ni, ramai belagak tahu depan orang lain. Walhal sebenarnya tak tahu mende pun. Kau cerita bab kereta dia khatam. kau cerita bab bola, cerita bab motorsikal, cerita bab kawen, cerita bab politik, cerita pasai kucing, cerita pasai biologi, cerita pasal hantu dan cerita pasai babi pun, semua dia tahu. Dia seperti google search dah gamaknya.

Orang macam begini, siyes rase nak pelakung je kepala. Yela, kalau betul sangat, boleh la diterima. ini main hentam je. Macam bercakap guna hidung aku tengok. Kalau tak tahu, buat cara tak tahu. Diam dan bertanya. lagi kool, lagi macho..

Lagi baik kau mengaku tak tahu, daripada kau ngaku tahu tapi sebenarnya tak tahu. lepas tu orang lain tahu kau tak tahu. Sah sah orang lain cop kau LOSER.atau bahasa manjenye bodoh. Booo

Aku rasa, cukuplah tiga. Kalau korang amalkan inshaAllah pasti orang lain senang dengan korang. Kalau tak senang juga, baik bersedia baca alquran ke bebanyak, tahajud ke.. kan?

Apa sebenarnya yang paling penting ialah banyakkan berdoa.

1 comment:

Anonymous said...

kadang-kadang x perlu buat diri disenangi orang lain, cukup buat diri disenangi Allah, insyaallah, akan disenangi orang lain

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian