Jun 23, 2012

Aku dah agak..

Semalam aku accident. Orang kata malang itu tidak berbau kan. Masa tu aku baru nak balik ofis lepas lunch hour. Tapi tetiba tayar belakang motorsikal jem. Tak bergerak. Natijahnya aku tersungkur atas jalan raya. Gaya suparman gitu. 

Bila benda nak jadi, kau bawa slow mana pun, pasti jatuh jugak. Itu yang aku rasa. Masa tu, sumpah aku bawa motor kapchai aku tu sangat slow. Kalau orang lari-lari anak tepi aku, kompem selamba badak potong tanpa bagi signal. Tapi bila nak jadi, tak kira kau berjaga bagaimana tetap Jadi jugak.

Dipendekkan cerita. Aku tersungkur depan beberapa budak yang kebetulan lalu situ. Kebetulan mereka ketika tu berada didepanku.Masa tu, tapak tangan rabak besar dek kerana tersungkur atas jalan tar. terseret. Darah tu toksah cakap, menitik nitik jatuh. Sakitnya sampai ketulang selubi. Sampai motorsikal pun aku boleh biar dekat tengah jalan.

Aku just tak percaya, tangan mulus,halus, kudus ku ini tengah berdarah. Aku duduk tepi jalan then mengerang kesedapan. Masa tu, aku tak perasan pun siku dan lutut sebelah kanan turut mengalami nasib yang sama. Luka. Berparut lah gamaknya nanti. bertambah lagi koleksi parut dibadan. Nasib baik tak ke muka berparut.

Bebudak yang kebetulan ada disitu kau tahu boleh buat rilek lagi pegi dekat aku. Berjalan lengang kangkung. Macam makcik pergi ke pasar. Bawa raga dekat tangan kanan. Kepoh semacam. Then boleh tanya ke aku, kau ok tak?? Nak pegi hantar dekat PKU (pusat kesihatan unibersiti) tak? Nak je aku jawab, eh tak lah. Ni darah menitik ni palsu je ni. Tu motorsikal aku terbungkang tengah jalan tu aku sesaja je. Ada kamera tengah candid nak tengok aksi aku. Anda terkena. watssup!! babi ujarku didalam hati..

Nasib aku cool. Then dipendekkan cerita lagi, aku pun bersegera pergi ke PKU. Lepas tu Nurse yang cuci luka aku tu boleh perli lagi, ni mesti nak jadi suparman. Nak je aku tampaq sekoq sekoq semua. Nasib aku baik dan kacak. Kalau tak, berdarah dah hidung sorang sorang. Termasuk Dr. aku tampaq. hahaha.

Kau tahu Sakit masa jatuh tu lagi kurang lumayan berbanding sakit masa luka tu di cuci Nurse. sungguh. kalau kau tak caya, cuba try test. Buat buat terkupas kulit. sakit hingga menjilat jari. Dah lah dia masa basuh tu gosok2 lagi luka tu dengan kapas. Macam tengah sikat kain. Nak ke nikmat aku rasa. Mengalir air mata jantanku.

Motorsikal aku tu memang aku dah agak akan meragam. Sebab dari hari tu lagi dia macam pelik je. Tapi masa tu aku still buat-buat tak kesah. Aku nyesal sekarang pun tak guna. Nak buat camna. dah nasib badan.  kan?

Nasib baik tak teruk mana..

Sila berhati-hati selalu. 

5 comments:

Anonymous said...

Tu la lain kali bawak moto ingatlah orang tersayang.

-bibik

Zakiah Adun said...

ya Allah, terperanjat aku dgr... hati2 ye next time. May Allah bless ady :)

Kosong said...

bibik tq

Tq zack, tu la kene hati hati..

Anonymous said...

mesti makcik tu ingat darah menitik palsu, so kene bg tau...

Anonymous said...

bibik sape name ?

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian