May 25, 2012

Satu dalam sejuta..

Aku telan rasa itu,
Biar terasa hingga ke sudut hati,
Tewas,
Aku cuba pejam mata,
Aku cuba pekakkan telinga,
Aku cuba bisu kan mulut,
Rapuh,
Hati ini tidak pernah tidur untuk menilai,
Tidak pernah berbohong memberi sejuta warna,
Dikala hitam ini datang menerjah..
Payah,
Kalah dengan senyuman,
Luruh dengan kata-kata,
Tuhan,
Beri aku sedikit kesempatan untuk membuktikan,
Aku juga punya harga diri

Aku renung waktu yang kosong..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian