May 9, 2012

NIAT,

Aku bukan nak heran sangat zaman sekarang ni. Ramai yang dah jadi keyboard worrior. Pejuang agama kononnya. Aku just nak share pandangan aku pasal hari ibu ni. Aku masih lagi berpegang dengan pendapat Ustaz Kazim iaitu tidak mengapa sambut asalkan berlandaskan hukum syarak.

Tak mengapalah nak sambut hari ibu. Bukan kita niat nak sambut agama lain pun. Kita niat pun just nak memberi penghargaan kepada Ibu je pun. Ada kau sambut hari ibu semata-mata kau nak ikut sambut orang kristian punya perayaan? Lain kalau ko nak sambut Thaipusam dekat batu caves tu..kan?

Tapi janganlah ambil satu tarikh baru nak sambut. Sebab, sebaiknya sambutlah setiap hari lagi ok. Setiap hari call, setiap hari doa bagai untuk ibu. Elok ke tak elok?Nak bagi penghargaan dengan ibu yang melahirkan kita pun tak boleh..pelik sungguh..

Maka janganlah kita sempitkan minda dengan pimikiran-pemikiran konon teori konspirasi Dajal lah, freemanson lah dan banyak lagi agenda-agenda negatif yang diserap ke dalam pemikiran kita. Dah lah otak jenis lembab, bila ada lagi dakyah seumpama ini, mesti semakin lembablah dan jadilah dia 'seperti katak didalam gelas.'tak keluar dengan minda yang sempit. kan?

# Nak wish hari ibu pun tak boleh, tu yang berdemo menghuru hara tu takpe plak. Ramai plak backup.Nak bunuh polis tak pe plak..Hoi itu otak pakai lah dei..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian