May 29, 2012

Mudah,

Hidup ini tidak akan selalu muda. Jadi jangan terlalu terleka dengan keadaan. Kelak kecundang, kau juga merasa. Aku? hanya manusia biasa yang 'kerdil' dari segala segi. Tiada apa yang aku rasa aku dapat banggakan. 

Tidak merendah. Tapi sedar diri. Aku tak ingin seperti orang lain. Dipuji sedikit kembang melangit. Hilang segala. Lupa segala. Hilang arah. Sampai diri seperti gila. Padahal kata-kata mereka itu hanya cuitan nakal. Atau jenaka ingin mengambil hati. Mungkin ingin ambil kesempatan. Ah manusia..

Aku tidak ingin begitu. Kecuali kata itu datang dari ibu. Tapi sayang. Ibu pun jarang berkata indah begitu. Aku tahu. Dia tidak ingin aku terlalu bangga diri hingga lupa jati diri. Loser..

Tapi tolong. Jangan terkesan sangat dengan pujian. Kerana lebih banyak 'plastik' daripada kaca. Mudah terkesan itu akan membawa kamu ke lembah kehinaan. Dasyat. Tahu?

Perati cermin. lihat wajah yang terpampang. Jika sedap mata kamu memandang, cukuplah. Itu sudah memadai. Jangan saja kamu sendiri juga gerun melihatnya. Itu sudah parah. Tapi, ciptaanNya semua punya kelebihan.

Aku misalnya..

hehe

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian