May 10, 2012

MENGKAFIR,

Aku dari dulu lagi tidak bersetuju dengan manusia yang dengan senang wenang mengkafirkan orang lain. Kerana, bagi aku itu adalah kerja Allah. Dia tidak memerlukan manusia menjadi PA nya untuk mengkafirkan mana-mana manusia yang dari mata manusia lain adalah 'berdosa'. ya berdosa..

Baru-baru ni, ada isu dimana ada pemimpin parti tertentu telah dikatakan 'kafir'. Dan aku mengutuk statement seumpama ini. Dan sekarang isu ini menjadi modal untuk permainan politik mereka. Tahu? Meraih simpati dan sebagainya. Yang keyboard worrior(konon pejuang islam) telah sibuk mencaci hamun si pelaku. Padahal dia menambah dosa dia je.. itu islam bagi dia kot. kan?

Dan seperti biasa kerajaan akan disalahkan sepenuhnya atas kenyataan ini. Walaupun itu mungkin tiada kaitan langsung dengan parti memerintah. Dan ia mungkin dikeluarkan oleh rakyat maheran yang mungkin melihat pemimpin tersebut memperbodohkan orang lain or whateva la. Itu pandangan dia.(Mungkin haters bila baca  ini akan serang aku. haha come to papa bebeh)

Tapi kebanyakkan mereka yang bising ini merupakan mereka yang mempunyai pemikiran 'double standard. Senang cerita  aku ertikan sebagai 'kau buat salah, aku buat tak salah'. Tahu? 

Ye la, dulu masa Mahathir dkata bapak firaun, freemanson Malaysia dan pelbagai lagi tuduhan bagi aku sangat keterlaluan, golongan yang konon membenci orang mengkafir saudara seislam ini diam dan mengiyakan saja segala tuduhan itu. Ustaz Asri dulu dipanggil bapak saitan dan banyak lagi tuduhan yang kalau dinyatakan disini akan jadi isu berdarah. Tapi apa mereka buat, pejuang-pejuang islam kononnya itu??? Malah budaya mengkafir semakin subur..

Tapi bila kena dengan badan sendiri, kena ahli kumpulan sendiri melenting gila babi. Tapi tang dia mengkafirkan orang lain, tak mengapa. Sampai boleh kata HARAM makan sembelihan ahli umno. eh? Tak sah berimamkan orang umno. eh?? itu bemaksud apa?

Inilah dikatakan fahaman assobiah..

Semoga kita terhindar untuk melakukan perkara seumpama ini. Kalau salah katakan salah, jangan kalau salah tapi dilakukan ahli sendiri adalah betul, tapi kalau orang lain yang lakukannya adalah SALAH, WRONG!!,..

Selagi dia beriman kepada Allah, tak selayaknya kita mempertikaikan iman yang dia ada..Tahu? Ini tidak, tanpa bukti kukuh pun boleh kata orang lain tak solat subuh sebab sebok dengan urusan dunia. eh kau pegi check ke rakyat johor yang kerja dekat singapura tu solat subuh ke tidak setiap hari? kalau dorang solat, nak kau minta maaf setiap seorang daripada mereka? Senang sangat tuduh orang lain..

#Hudud tak dilaksanakan bila memerintah? tengok pendekatan yang sama dengan pemerintah juga. Sebab keadilan sempurna tidak cukup lagi. aku dah agak, ini hanya bertopeng politik. Tapi Baguslah sekurang-kurangnya ada juga berbunyi pasal huhud walaupun sekadar meraih simpati rakyat.. kan?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian