May 6, 2012

KELUAR,

Aku ingin keluar dari bising ini,
Biar tiada yang terlihat,
Biar tiada lagi rasa hampa itu,
Biar aku tenang tanpa belitan hati yang memerihkan,
Juga rasa hampa seorang hambaNya,
Kau lihat aku tertawa,
Kau lihat aku tersenyum,
Tapi tahukah kau,
Aku seorang juara dalam bersembunyi,
Terutama soal rasa yang celaka ini,
Tiada siapa mengerti,
Dan aku tidak perlu dimengerti oleh siapa-siapa,
Aku tidak perlu semua itu,
Hei, aku berdarah pahlawan yang tidak akan tergusar hanya kerana 'sakit' ini,
Kamu bisa tertawa,
Tapi kau tahu?
Tuhan ketika ini erat 'memelukku',
Dia jentik kerana dia mahu aku sedar,
Tentang perkara yang tiada guna,
Payah ini sungguh kejam,
Hampir buat aku terduduk tanpa boleh bangun,
Tapi rezeki Tuhan itu sentiasa  datang tanpa kita sadar,
Jangan lihat aku kepayahan,
Aku tidak perlu simpati dari mata kamu,
Aku hanya ingin keluar dari sini,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian