May 24, 2012

Berjaga-jaga,

Tadi aku baca surat khabar. Disebabkan tempat aku bekerja ni langgan surat khabar, maka setiap hari aku boleh baca berita yang berlaku semalam. Biasanya, aku baca online. Tapi, kepuasannya tu cukup berbeza daripada sekarang. dah maju kan..huhu

Aku ada baca pasai jutawan yang kena tipu seorang lelaki hingga 5 Juta. Bukan 5 Ribu, atau 5 Ratus, tapi 5 juta. Kau bayangkan, banyaknya duit tu. Aku terfikir juga bagaimana dia boleh percaya lelaki itu sampai sanggup bagi duit berjuta-juta lemon?? takkan dengan hanya bermodalkan air liur dengan muka lawa je?haha mudah sungguh orang cari duit..

Berdasarkan apa yang diberitakan, semua disebabkan wanita itu percaya kepada seorang 'lelaki' yang dikenalinya di alam maya. Tak tau pula kalau ada version lain.

Tapi tu lah. Perempuan zaman sekarang ni, begitu mudah percaya dengan apa yang ada dihadapan. Terlalu mudah disogok dengan air liur. Terlalu mudha disogok dengan muka ala-ala rosyam nor eh ke aaron aziz,?  Tak selidik dengan baik. Aku spesifikkan kepada wanita, sebab mengikut perkiraan, kajian daripada pembacaanku, kebanyakkan mangsa adalah wanita. Mungkin disebabkan mereka mudah dirayu. 

Yela, ada kau dengar lelaki malaysia dilarikan perempuan lombok? hahaha..Tapi kebanyakkan mangsa masih mudah untuk berfikir secara baik dan rasional..

Tolong jangan terlalu mudah percaya kepada orang lain. Jangan sampai dah terhantuk baru terasa diri  itu sungguh malang, padahal Allah dah tunjukkan dari awal lagi. Tapi, mungkin hati begitu gelap untuk melihat kebenaran dek kerana kegairahan kepada sesuatu yang baru. kan?. Dalam dunia yang serba canggih ni, kena selalu berhati-hati. Tiada perkara yang mustahil boleh berlaku.

Kunci utama ialah, jangan terlalu percaya dengan perkenalan yang baru..

Kadang kita lalai untuk menilai. Bila tiba-tiba kita disumbat dengan kata-kata 'bunga' daripada seseorang. Diserang dengan kebaikkannya yang mampu meluruhkan hati. Hingga kita mungkin gelap mata untuk menilai segalanya. Pokok asas perkara itu berlaku ialah bila kita memberi ruang kepada manusia seumpama itu untuk mendekati kita. Bagi aku, setiap apa yang berlaku itu terjadi kerana ada respon daripada si mangsa. Tak kiralah bagaimana responnya.

Bila dah terjadi, contoh kes-kes lari dari rumah, kes dilarikan ke 'lombok' dan bila dah hilang segalanya baru kita beri alasan mengatakan diri di 'pukau' atau 'diguna-guna' bagai. Walhal, itu mungkin disbebakan kelemahan diri sendiri juga. Tiada pokok bisa bergoyang jika angin tidak mengerakkannya. 

Begitu juga perkara ini, jika kita berjaga daripada awal, pasti perkara ini tidak akan berlaku. Mudah percaya itu adalah salah satu sebab yang kukuh kenapa perkara ini terjadi. selain daripada faktor lain seperti, pukau dan sebagainya.

Biar kita dipandang ego, jual mahal dan sebagainya oleh 'lelaki yang tidak dikenali' daripada kita dipandang murah oleh mereka. itu sudah cukup bagus untuk menjaga diri kita daripada perkara buruk. Bukan tak boleh layan, tapi selidik dahulu sebelum pergi ke peringkat seterusnya..

'Jadilah ubi kayu yang hodoh tetapi sentiasa dibaluti dengan kulit menggeruti yang melindungi isinya berbanding kek yang berwarna warni gayanya tetapi dihurungi lalat'


Berdoalah semoga diri kita, diri ahli keluarga dan diri rakan-rakan terhindar daripada perkara seumpama ini. Sekarang ini, 'CINTA' juga boleh dijadikan modal untuk melakukan jenayah dan mendapatkan wang..

Tidak mengapa dikira sombong jika untuk menjaga diri.

sekian

1 comment:

Anonymous said...

manusia..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian