May 25, 2012

Berat..,

Aku geram. Perut aku semakin hari semakin naik kepala. Setiap saat ingin diisi. Gemuknya tak. Malah semakin kurus melidi aku tengok. Aku tak tahu mana silapnya. dan aku malas nak ambil tahu. ah, beban sungguh..

Disebabkan aku begini, aku jadi hilang yakin diri. walau muka seiras Rosyam nor. Huh tak guna. Mereka tidak pandang langsung. Kadang cacian dalam diam aku terima. Memandang sinis tubuh mungil ini. Setan. Aku sebenarnya kisah tidak kisah. dari dulu, badan kurus inilah aku kendong setiap masa. Banyak juga tertarik.  terliur, tergila dan sebagainya. Tapi sekarang, aku ingin cuba angin baru. haha berangan.

Aku tidak ingin dilihat sebagai 'budak kecik'. Mereka suka, tidak bagi aku. Bertahun-tahun aku pegang gelaran itu. aku bosan. Biar orang lain ambil, aku tidak mahu. Aku ingin menjadi lelaki dewasa. Bukan hanya dalaman tapi juga luaran. Aku tidak cakap aku tidak bersyukur bagaimana aku sekarang. Tak! Tapi tak salah kita berharap kepada perkara yang lebih baik. kan?

Rakan syor aku jumpa Dr. Tapi aku tak nak. Degilku masih lagi mantap seperti dulu. Aku sudah jangka apa Dr. akan kata. Dan ubat apa yang aku akan diberi. Lali dengan keadaan. Sering juga aku berhujah dengan mereka. Tapi aku hanya mencurah kedaun keladi. Aku yang mahir tentang Environment, tentang pollution, nak lawan mereka yang hidup bergelumang dengan ubat, suntik bagai? aku gelak diri. Sifat melawan hingga ke akhir tak pernah luntur dari hati..

Aku yakin aku boleh melakukan tranformasi. Lakukan perubahan. ala-ala Sazali samad, misalnya. eh itu terlalu keterlaluan. Cukup yang sedang-sedang saja. Biar tidak terlalu kecil yang akan dipandang sipi orang lain. Kan?

Inshallah..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian