May 25, 2012

Artikel Bosan..,

Aku rasa nak lempang PC. dua kali aku type artikel. Dua kali itulah dia terdelete automatik. Aku ingin memaki. 'BABI' misalnya, tapi niat itu aku tarik balik. Itu cuai aku, bukan salah babi. kan? ok cukup dengan rasa geram.

Normal. Bila kita melakukan kesilapan, kita akan cari jalan untuk tidak mengulangi kesalahan itu. Berhati-hati. aku menaip dengan rasa berhati-hati, biar tidak terdelete lagi. Jengkel..

Sekarang aku rasa sedikit tenang. Walau kadang rasa kosong itu mencuri juga. Tapi masih aku rasa tenang. Aku jenguk waktu yang ada, ntah berbaloi atau tidak untuk aku tersenyum menikmatinya. Berbaloi itu hanya kau saja yang merasainya. Orang lain tidak. Kalau kau happy berbaloilah, tapi kalau kau tak happy, maka tak berbaloi. It simple just like a,b,c. kan?

Masa ni, aku sibukkan diri dengan membaca. Bahan terlalu banyak berselerak di alam maya. Tinggal kau saja memilih mana yang sesuai dengan hati. Aku juga begitu. Kerja aku tolak ke tepi. Malas itu menghimpit aku hingga sesak ruang nafas untuk melakukannya. Kerja terbengkalai sepi. Berkali-kali aku diingatkan oleh mereka yang 'sayang' aku. ya sayang. Aku saja buat tak dengar. Pekak.

'Sayang' bagi aku terlalu abstrak untuk dinilai. Empunya hati saja yang tahu. Jadi, aku tidak harus bercakap mempersoalkan 'sayang' orang lain kepadaku. walau kadang aku rasa fake dan sebagainya. Itu bukan urusanku. Tapi selalunya, hati aku berbunga-bunga saja. haha. Perempuan kelemahan lelaki.

Aku tunggu waktu itu. Waktu tamatnya perjanjian hati dan meneruskan kontrak yang lebih panjang lagi waktunya. Ikatan hati mudahnya. Bukan perjanjian hati yang terdedah dengan penipuan dusta itu. Tidak! Tapi ikatan yang lebih sempurna sifatnya.'rasa' ini buat aku mampu berfikir. Biar orang lain kata itu tidak sehat untuk kesehatan diri. Jangan peduli aku.

Kau tahu, aku tagih janji itu. Aku tagih segalanya..

Tinggal setahun lagi masa percubaan. Mengasah diri yang semakin tumpul. Walau mereka lihat agak tajam. Tapi aku tahu masih juga tumpul dengan kata. Seperti dulu. Berat lagi bahu memikul dari mata yang memandang. tahu.

Aku duduk diam disini. Menanti waktu tiba. Membawa aku pergi jauh dari amarah dunia. Kelam. Aku cari ,tetapi aku semakin kehilangan jejak. kehilangan kata. Matahari juga merajuk hari ini. Seperti tahu bagaimana aku sekarang..

Jangan biar ia semakin parah..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian