Apr 28, 2012

Ya Rahim..,

Kau tahu?

Doa yang paling mustajab ialah bila kau masa tu tengah kesusahan, kepayahan yang teramat sangat. Masa itulah Allah melihat bagaimana pengharapan kau kepadaNya bukan kepada makhluk.

Tapi, kita kadang selalu terleka. Bila dalam kepayahan itulah kita selalu tidak memohon kepadaNya. Malahan seringkali menyalahkan takdir yang bermain dalam kehidupan seharian kita. Padahal sebenarnya itu hanyalah bersifat sementara. Kau hanya perlu tunggu sebentar saja lagi sebelum Dia memberikan pertolongan tanpa disangka-sangka.

Aku khilaf lagi dengan perasaan. Dan aku bersyukur dengan bantuan yang tidak terjangka ini. Sungguh maha pemurah kamu..

" menangislah ketika kepayahan, kerana disitu ada sumber kekuatan buat dirimu"

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian