Apr 18, 2012

Sakit..,

Aku tak tahu,

Saitan apakah yang datang sampai badan aku lenguh-lenguh. Nak dikira aku bersukan petang semalam, haramjadah benda tu aku buat. Yela, badan dah berketul-ketul mengalahkan samali samad, malas plak nak turun padang. Kang ramai plak awek datang menjenguk. Tak ke naya. kan?

Ah bukan itu aku nak kongsi, aku nak cerita badan aku lenguh-lenguh. otot-otot yang mantap ni perlukan rawatan. Semalam dengan sakit-sakit lenguh, ditambah lagi sakit dihotak, err tapi cepat pula aku tidur. Aku letak je kepala di bantal, terus aku hilang ntah ke mana.

Tapi nasib baik ada 'koyok' anis bagi hari tu. Bolehlah aku tampal merata-rata tempat atas tubuh aku yang kekar ni. Terasa macam tengah menampal tayar motorsikal pula. Habis panas-panas satu badan. Member aku cakap, kalau kita tampal koyok dan terasa panas bererti dia dah bertindak balas. Aku rasa selesa. Berguna juga 'koyok' makcik muda tu bagi.

Harap-harap tubuhku yang kekar lagi berketul ini akan sehat walafiat sentiasa. kan?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian