Apr 19, 2012

Gagal

Aku selalu gagal mengawal perasaan.

Perasaan marah, geram, jeles, rindu, cinta, sayang, benci, nak berak, sedih, nak menangis, nak makan, dan sebagainya. Aku pun tak tahu bagaimana. Kadang mereka kata aku sangat kasar. mulut sangat keterlaluan. Aku tahu, aku sedar, aku faham tapi aku sukar nak kawal. Aku selalu kalah dengan amarah. 

Tapi semua itu akan lambat cepat berhenti. Apa yang baiknya aku (sure sebab aku punya diri, aku tahulah), aku adalah orang yang akan memaafkan dulu. Dalam apa perkara sekali pun. Kalau egoku terlalu besar seteguh batu ketika itu, aku akan maafkan didalam hati. 

Tapi aku bukan malaikat pun yang boleh mengawal segala keburukan itu dengan baik. kan? setiap manusia sentiasa melakukan kesilapan. Bezanya, bagaimana mereka mengaku dan memperbaiki kesalahan mereka itu. Ego itu perlu, tapi bila dah meningkat usia ni, ditambah lagi melihat rakan-rakan semua sibuk merancang berkahwin bagai, aku terasa perlunya ego itu aku buang ke tepi, jika aku tidak ingin terlepas lagi apa yang aku tertinggal.

Yela, kadang kita ni, kita tak sedar kita melakukan kesalahan. Kita asyik point orang lain yang melakukan silap sana sini. even sudah terang lagi bersuluh kita silap pun, kita still masih nak ego dalam hati untuk memperbaiki kesilapan itu. jangan pandang orang lain, pandang diri sendiri bila ingin mengaku silap. Kerana mereka yang mengakui kesilapan dan meminta maaf itu lebih baik daripada mereka yang tak buat silap tapi sukar untuk menerima maaf orang lain.

Mak aku selalu cakap, kalau aku emo, aku tak boleh cover apa pun. yes ini adalah kejujuran.

Ramai menasihatkan aku bila emo baca Alquran, ingat tuhan, Istigfar bebanyak. Yes aku buat, tapi hati aku masih lagi tidak sembuh. itu bermakna, hati belum lagi memberikan kemaafan dengan baik. Langsai dahulu hutang hati, baru semuanya akan kembali normal. Lepas tu baru perbaiki lagi dengan memperbanyak ingat kepada Tuhan. (Hamboi macam ustat plak jadinya) Ingat nasihat Fadilah Kamsah, maafkan setiap orang sebelum tidur?

"Always be true to yourself, don't live by the opinions or choices of others, but by your own."

Ingat, kadang nasihat orang lain itu boleh disesuaikan dengan diri, tapi kadang tak boleh langsung disesuaikan. Malah bila kau guna, boleh menjahanamkan diri kau juga. Analoginya sama dengan minyak hitam kereta. Terdapat pelbagai pilihan minyak hitam zaman sekarang ni, yang mana yang kau boleh guna atau tak sesuai kau guna. Tapi once kau guna minyak hitam yang tak sesuai dengan enjin kereta kau, maka kau pasti menghadapi masalah kelak. Maka just be yourself.  Dengar nasihat dan pandangan orang lain sebagai satu kata-kata motibasi, sebagai satu 'pelukan' daripada seorang rakan itu baik, murni, suci, selembut salju setia kawan, hormat menghormati, percaya kepada ibubapa,dan sebagainya, tapi bila kau sendiri agak sukar menerima segala nasihat berupa kata-kata atau cetusan idea maka just abaikan.

"People cannot be managed. Inventories can be managed, but people must be led."

Ps : I am cool. remember!

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian