Apr 19, 2012

Facebook..,

Ada satu page dekat facebook.

Dia punya follower, boleh tahan juga. sebab dia bukannya public figure apa pun. Just manusia biasa yang tiada sebab untuk terlalu terkenal atau sebagai. Senang cerita macam aku juga kacak dihati je. Menyanyi dalam kereta lepas tu hantar dalam youtube ke, buat vblog ke misalnya supaya ramai kenal. tak. Biasa je, aku tengok info pun, bukannya ahli akademik bagai.

Apa yang dia bekal adalah profile picture ntah lelaki mana yang bajet suci, bajet berilmu,beramal, berbakti, sayang mak bapak, tak kacau perempuan, bersedekah, alim, mencintai ketenangan dan sebagainya. selain menaikkan status yang boleh mencairkan perempuan-perempuan yang bagi aku tak guna hotak yang tuhan bagi untuk berfikir dan menilai. Ye la, aku tak tahulah kalau follower dia tu tak sedar bahawa itu fake account.

Tapi berdasarkan pengamatan aku, kebanyakkan mereka teruja gila babi. Aku rasa babi pun surrender tengok gelagat 'nakal' mereka. err sebagai lelaki ada sedikit cemburu disitu. terbuku juga didada. hahaha. Of course la, apekejadahnya cepat je masuk perangkap lelaki yang bermodal air liur dan profile pic. yang menggiurkan. haktuih!

kalau tadi yang 'nakal' tu jenis yang budak perempuan tadika, perempuan berhingus meleleh, perempuan masih bergelang getah dekat tangan, aku faham juga. Ini yang dah jenis pandai bermake up gaya seorang artis, kalau bertudung leh mengalah yuna, siap belit belit dekat leher kepala, badan sampai macam pocong dah aku tengok. tapi muka boleh tahan haha. Aku tak perasan pula lain lain sifat, but seriously yang layan siap inbox, bagi number,bagi segala itu ramai. Aku tak faham. sangat tak faham perempuan zaman sekarang. Sungguh mudah dicairkan. (err tak semua pun.)

Macam member aku, berbekal dengan muka seperti artis habis berbakul-bakul perempuan dia layan. yang pelik tak pernah kantoi. dia akan keluar dating dengan orang yang berlainan setiap malam. bagi aku sangat pintar menipu. Ntah. hidup dia. Aku dah nasihat dia sekali dua dah. Sekarang, biar dia pilih harus bagaimana. Jangan dah sampai terhantuk baru kata 'eh bodoh sungguh rupanya aku'. life is circle brother. remember..Tuhan tidak pernah tidur untuk memberi balas.

Aku still berpegang kepada prinsip setia itu harus dari awal. Bukan hanya bermula selepas perkahwinan. Bila  ko kata tiada istilah setia sebelum berkahwin, itulah jadi perceraian, bermadu dan sebagainya. Isteri mengandung di rumah, dia pergi berjoli bagai. Isteri dalam pantang, dia cari perempuan lain. Kalau perempuan pula, laki outstation, dia juga outstation dengan lelaki lain. laki sibuk cari duit, dia sibuk perabih duit layan jantan lain. last-last anak mewarisi segalanya. jadilah anak bermuka iras-iras bangla, iras negeria ke, iras pakistan ke, padahal bapak dia muka jowo.

Dan kepada pengguna facebook, sila berhati-hati, kerana sekarang segala penipuan boleh berlaku dalam alam maya itu. jangan mudah percaya dan jangan mudah perasaan kau hot kerana orang berlumba-lumba nak chat, nak add, nak number phone. kau hanya meletakkan diri kau dalam keindahan dunia. Berwaspada. Ini kau baca keratan akhbar ni disini.

Ps : Patut bila aku tukar Dp fb ala-ala Rosyam Nor ramai je orang add. hahahahaha. mudah sungguh. Bila aku guna Dp Nerd ramai remove bagai..Dunia oh dunia.

Ps: Love people, not things... Use things, not people.





No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian