Apr 19, 2012

Bodoh ke pandai, aku pun tak tahu..,

Kau orang dengar soal mahasewel eh mahasiswa yang berpicnic di dataran merdeka?

Sebenarnya aku malas nak ikut isu bodoh, isu sampah, isu bangang, isu kepalahotak berjambul, isu dilembukan dan sebagainya ini. Ini adalah isu pilihan raya saja. isu nak hapuskan ptptn hanya isu nak tarik perhatian ramai saja. Sementara. Lepas dah berkuasa mayb akan cakap, ada kekangan disebabkan pemerintahan terdahulu. kejadah?Yang dibodohkan, dipergunakan adalah mahasewel eh mahasiswa yang kononya pejuang serikandi, serikanda,serikepalahotak semata-mata untuk islam. Untuk establishment kononnya. Ahli politik kesayangan mereka pula, duduk goyang kaki, dan bercakap kepada media saja, salah itu, salah ini.

Pada aku ini semua sampah! Ya, s.a.m.p.a.h!

Bagi aku nak menghapuskan ptptn adalah satu perkara yang luar biasa. Bukan satu perkara yang menjadi keperluaan. kau lihat negara yang tidak memberikan pinjaman pendidikan kepada rakyatnya, Berapa ramai rakyatnya mampu melanjutkan pelajaran. Sampai ke mana tahap akademik mereka? yang kaya saja mampu menghantar anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Rakyat biasa yang tidak berkemampuan? emm mungkin akan mewarisi apa yang makbapak dia kerja. kais pagi makan petang. 

Nak pendidikan percuma? eh malaysia belum layak bagi pendidikan percuma untuk setiap rakyat dia belajar sampai ke unibersiti la. Kau conggaklah ikut tang mana. Kau kiralah berhabis tenaga. Kau nak samakan malaysia dengan Norway? Tang mana Norway dengan Malaysia sama? lagipun Gov. dah usaha dah pendidikan di peringkat rendah free diMalaysia. Kan? Nak ubah secara drastik, angan-angan mat jeninlah jadinya. Tu, janji pru lalu pun banyak masih tak langsai, nak bagi janji bulan dan bintang lagi. hahaha funny..

Ada satu komen aku baca dekat facebook. Aku tak tahulah kalau dia jenis yang takda akai atau jenis main rembat apa yang orang lain cakap bulat-bulat kot. Dia dengan bangga cakap dengan semua orang, kalau bayar 100 tahun ptptn pun masih tak kan mampu lepas bayar balik pinjaman. Sebab cukai 3% or 1% tu. errr Sebagai pelajar, tak malu ke bagi statement yang tunjukkan kebodohan, kebangangan diri? Lainlah kau bayar seposen sebulan.

Ada juga timbul isu soal tak halal bagai. err masa kau tandatangan surat perjanjian tu, kau tak baca ke syarat-syarat yang dia kenakan? Kenapa kau nak terima kalau kau tahu itu tak halal? ke masa tu terdesak sangat? sekarang dah ramai bangkitkan isu, mulalah kau serupa orang yang tak bersyukur terpekik terlolong dekat jalan raya? watdehel? Macam mana adik beradik kau nanti,sepupu kau, anak sedara kau, jiran kau, anak posmen kau, anak pak mat nak sambung belajar dekat unibersiti? Kau tahu kan bagaimana payahnya, bagaimana banyaknya duit nak dihabiskan untuk anak sambung belajar. kau tak terfikir ke, generasi akan datang?

Lagi satu masa dekat demonstrasi nak mansuh ptptn hari tu, aku tak banyak pula dengar mahasewel eh mahasiswa tu kata nak mansuh ptptn. Apa isu yang paling gah aku dengar ialah, 'jatuhkan Najib, Jatuhkan Bn, Najib penipu, Najib Altantuya, BN korupsi dan bagai." err aku ke silap atau mereka yang sebenarnya tersasar dengan tujuan demo mereka?, atau itu sebenarnya motif mereka supaya rakyat tahu 'wahh betapa mahasiswa sekarang adalah lembu parti politik'. 

Dan tadi aku tengok video mahasewel eh mahasiswa kena usir bagai a***** dekat dataran merdeka. Konon macam Demo dekat Thailand lah yang akan 'berkampung' nak tunjukkan ketidakpuas hati mereka. Tapi mereka silap, ramai yang tak setuju dengan apa yang mereka buat itu berbanding mereka yang setuju. Maka kena usirlah mereka bagai gelandangan. Dah tu baru terjeri-jerit minta tolong polis. Eh bukankah hari tu kata polis ni bodohlah, tak tahu jalankan tugaslah, dan sebagainya. Kutuk polis barua bagai. Cepat sungguh menjilat kahak sendiri. kan? dan Terima kasih kepada abang-abang yang 'membersihkan' dataran merdeka dengan 'kekotoran' ini.

Disebabkan video tu dah kena delete, meh tengok dekat sini

Dah kau ganggu ketenteraman awam, kau yang salah. Itu tempat awam.Nak kata bodoh, segan, sesama mahasiswa. Tapi tu lah, kadang bodoh itu bukan berdasarkan 'otak' juga, kadang berdasarkan tindakan kita. kan? Kepada Najib, jangan berlembut dengan mereka ini. Makin dibiar makin berani. Inilah bakal-bakal politician negara pada masa depan. Sungguh. Kalau sekarang, background politician bukan remeh pun paling kurang degree, esok lusa, ada politician yang hanya bermodalkan kekuatan air liur je. Yang lain fail!!


Kau tengok, agama pun mereka boleh tolak ketepi, padahal yang berdemo itu semua kononnya pejuang islam. Berkopiah berniqab. Mengkafirkan sesama islam tanpa sedar. Simbolik kejadah..


Ps : Demo clean, tapi penuh dengan caci maki..Ke itu tak mengapa bagi mereka?

Ps : Antara banyak-banyak bodoh, bodoh sombong itulah yang paling bahaya..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian