Mar 2, 2012

Thanks..,

Semalam bila aku fikir balik, banyak sebenarnya work progress yang dah jauh tersasar. Semat. Bila aku fikir soal journal, tajuk dah usang. Hari tu bersemangat gila nak buat masa cuti..

Tergesa-gesa ini pun sebab Sv aku dah nak bersara. Maka target kerja semua siap dalam bulan 6. Dulu aku rasa mudah, sekarang dah semakin payah. Sepayah peperiksaan stpm..

Honestly, thesis aku dah tak sentuh. Aku pun dah lupa, dekat mana aku stuck. Page berapa aku stop writing hari tu. Chapter berapa aku kena siapkan minggu ni, bulan ni dan bulan seterusnya. Aku benar-benar lost..

Semalam rai msg, setelah beberapa hari mogok.

Bila aku cerita soal aku, ntah dia gelak atau tidak. Aku rasa mesti dia rasa bosan dengar aku mengeluh setiap kali aku send msg. Dan mungkin juga dia telah imun. Emm itu namanya rakan. Kalau tak tadah telinga, apa point jadi kawan, ye tak?

Apa yang aku rasa kurang sedikit kegurasan, bila dia kata, selalu fikirkan Allah.. Segala sesuatu itu adalh sementara kecuali Allah, Allah dan Allah..

Biar orang lain nak kutuk dan hina, jangan kita jadi seperti mereka (tang ini aku rasa lemah sikit). Sebenarnya aku dah ok segala, hati aku dah lega dengan sebarang virus yang melemahkan diri. Aku dah ada cool semenjak aku rasa takda pekdahnya masalah itu.

Tapi, aku sesaja nak orang lain fikir bahawa dia adalah sangat berharga. Tidak mengapa, hari ini adalah hari aku merasai malang, hari lain aku bahagia juga.

kekuatan itu datang daripada diri, bukan orang lain..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian