Mar 21, 2012

Terharu..,

Selama aku duduk dalam ofis disini, aku tertarik untuk share dengan semua satu benda. Semoga ada manfaat sedikit mungkin. InsyaAllah. Disini, di ofis aku duduk di bahagian belakang sekali, bos aku cakap senang untuk aku, supaya aku mempunyai privacy(yang bagi aku privacy untuk online haha). Tapi betul, aku sangat selesa. Tapi, bulan depan aku dah berhenti dekat sini. Sedih dalam gembira.

Meh aku setori sikit:

Dekat sini ada seorang pekerja lelaki. Perwatakkan menarik. Bukan aku tertarik (ingat aku gay ke???) Apa yang menyejukkan hati aku ialah, tiap hari dia kerja, dia bawa anak dia sekali. Kau bayang kan? seorang lelaki, bukan perempuan. Aku lihat dia aku jadi sayu, ntah lihat pengorbanannya. Kalau aku, mungkin dah gaduh dengan wife sebab suruh aku bawa anak pegi kerja. kan?

Aku tak tahu wife dia tengah buat apa, kerja mana. Apa yang aku tahu pekerja ni telah menyentuh hati aku, semakin teruja pula aku untuk TAK nak berkahwin lagi. Bayangkan kalau dapat isteri begitu? Kita yang mati-mati jaga anak segala, mana nak cari duit itu ini, dia pula rilek, ntah-ntah dia pergi cari jantan lain, kan? (nauzubillah, jauhilah aku dengan hal sebegini) Eh jangan nak bersangka buruk adyshah!

Aku kesian, dan aku terasa kasihnya pekerja ini dengan anaknya. Ye la, bayangkan, dia boleh mandikan anak dia dekat toilet, pakai baju segala, lepas tu tengah hari dia tidurkan anak dia atas sofa. Nasib tiada peraturan yang menyekat dia bawa anak pegi ofis. Tapi sangat terharu.

Kepada mereka yang membaca (termasuk aku), tolong hargai ibu bapa dengan baik ok. Kita tidak tahu apa pengorbanan mereka untuk kita dari kita kecik hingga kita berjanggut seperti sekarang ini. Kalau kamu pernah menyakiti hati mereka, tolong minta maaf sebelum terlambat.

Kalau aku ada anak nanti, sewa je tukang gaji. Lepas tu nanti anak aku bolehlah reti guna bahasa indon, reti guna bahasa vietnam, reti guna bahasa bangla.kan? hahaha

Kepada pekerja ni, semoga Allah memberikan keberkatan atas susah payah kamu, insyaAllah, Allah lihat usaha kamu itu..Kepada aku, he sila jangan berangan nak kahwin kalau tak boleh lagi beri komitment..Kepada kamu, terima kasih kerana membaca kehkeh..

Ps : Jadi insan yang tahu bersyukur dan menghargai..

2 comments:

syalinda johari said...

terharunya baca..bagus dan sangat baik seorang suami yang lebih banyak berkorban macam tu.. semoga anak dia akan mengenang jasa ayahnya itu..ameen

Kosong said...

amin.. sangat baik.

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian