Mar 20, 2012

Teman..,

Ada yang mengatakan teman merupakan orang yang paling rapat dengan diri melebihi antara kita dan family, dan juga antara diri kita dengan bf/gf. Aku tak menafikan perkara ini, kerana ia adalah normal (bagi perempuan).

Apa yang aku maksud 'rapat' ialah bagaimana rakan itu bertindak sebagai satu tempat untuk meluahkan segala permasalahan diri, tempat dicari ketika susah dan senang dan sebagainya. Ada rakan yang memang sesuai untuk perkara begini, dan ada juga yang sekadar nak dikatakan bestfriend saja, walaupun dalam hati terasa menyampah segala perangai rakan, atau sebenarnya tidak faham rakan itu bagaimana.

Mungkin ramai yang tidak sedar, atau buat-buat tak sedar apa itu peranan rakan, apa yang boleh dan tidak boleh untuk dikongsikan kepada mereka. Jangan terlalu membebankan diri dengan menceritakan hal-hal peribadi kepada mereka kerana hati manusia ini adalah sangat pelik. Kadang bila bergaduh dendam (yela sedangkan suami isteri pun boleh salah faham), pasti keluar segala cerita keburukan kita kepada orang lain.(aku pernah rasa)

Mahunya luka lama berdarah kembali. kan? Pilihlah rakan yang boleh membentuk kita menjadi baik, tidak dapat baik, cukuplah mereka faham diri kita bagaimana. Bila kita mempunyai masalah, seringkali kita mencari orang lain untuk menjadi tempat kita meluahkan segalanya. Bagus. Tapi tahukah kamu ada sesetengah rakan sebenarnya tidak faham hati kita bagaimana, apa yang kita mahu dan segala nasihat mereka itu mungkin akan menjadikan permasalahan itu bertambah buruk lagi.

Itu semua sebenarnya berbalik kepada diri kita sendiri. Bagaimana kita menyerap segala nasihat mereka-mereka itu sebagai satu cetusan idea untuk diri kita memilih salah satu cara yang baik untuk menyelesaikan masalah kita. Jangan ambil bulat-bulat tanpa menghiraukan hati sendiri. Kerana tiada siapa yang lebih rapat,  lebih tahu diri kita kecuali diri kita sendiri.

Aku selalu menjadi tempat rujukan rakan untuk sesi meluahkan rasa permasalahan. Mungkin aku sangat pakar menjadi seorang pendengar yang baik kepada rakan yang memerlukan tempat memuntahkan segala masalah yang membebankan minda. Ya, 

Bila aku menjadi rujukan, sebolehnya aku tidak mahu memberikan tekanan lagi kepada mereka untuk memilih apa yang patut dan apa yang tidak patut. Cukup aku beri mereka kata-kata semangat bahawa ujian itu adalah satu anugerah.

Sebab, bila rakan bermasalah, lepastu kau bagi dia satu pilihan, mungkin pilihan itu adalah satu perkara yang boleh memburukkan keadaan. Mereka yang mempunyai masalah cenderung melakukan kesilapan dalam memilih satu-satu perkara. Ini kerana emosi perasaan mereka masih belum cukup stabil untuk membuat pilihan. Apa yang penting sebenarnya ialah, bagaimana kita dapat melupakan mereka sebentar kepada masalah yang mereka hadapi.

Cukup kau senangkan hati mereka. Kau bagi mereka kekuatan berupa kata-kata semangat, cheer mereka dengan apa pun. Jangan kau nak Judge pula misalnya atau memberikan tekanan berupa emosi kamu yang mendengar permasalahan mereka. Kadang mereka yang meluahkan itu hanya ingin orang lain dengar apa yang terbuku dihati mereka. Cukup. Dengar, simpan dan bagi kata-kata semangat.

Rakan yang baik adalah mereka yang tahu apa yang kita nak, dan tahu bagaimana mengurangkan tekanan diri. Bukan rakan yang memberikan tekanan dengan kepada kita untuk melakukan satu-satu perkara yang drastik yang sukar untuk kita lakukan secara tiba-tiba. Kadang mereka kata faham, walaupun sebenarnya , mereka tidak tahu apa rasa yang kita alami ketika itu.

Sumber permasalahan berpunca daripada hati, rawat ia dengan cara yang betul..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian