Mar 19, 2012

Telefon..,

Aku pun tak faham, kenapa masa ni la juga handphone yang setia denganku ni mula buat perangai setan. Ya aku tahu aku selalu jatuhkan. tapi dah memang handphone tahan lasak. Maka takda hal la kalau jatuh dua tiga kali. kan? kecuali terendam dalam air.

Time kewangan kritkal, time tu lah juga dia nak minta diganti. Mungkin dah penat berkhidmat dengan aku kot. hahaha. Sekarang, if aku beli phone, maka aku terpaksa mendapat kos melepas. (ntah betul ke tak term economic ni). Tapi, if aku tak beli, maka setiap hari aku terpaksa bersusah payah menggunakannya.

Sangat menjengkelkan. Ini mungkin semalam aku terbaca satu artikel pasal 'tidak boleh angkat call masa tengah charge telefon'. Masalahnya, kalau aku tak charge phone ni, maka tak bernyawalah dia. Tak boleh lah aku calling-calling. Aku dah tukar bateri berkali-kali dah. Persoalan tetap sama. Baik untuk dua tiga bulan. Kemudian jadi lagi perangai saitan.

Mental betul rasa..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian