Mar 16, 2012

Rasa ini..,

Kebelakangan ni aku selalu mengeluh. Tentang banyak keadaan. Dari sekecil-kecil hal hingga sebesar-besar hal. Sebenarnya bukan aku tak biasa, tapi hati tidak ingin mengakuinya. Benar kata alim ulama, mengeluh itu hanya mendatangkan banyak masalah. Cuba mengadu dengan Allah pasti semua akan menjadi senang.

Selama aku menduga rasa, aku perhati diri. Aku lihat setiap sudut. Aku muhasabah diri sebaik mungkin. ya aku banyak melakukan silap. Manusia itu sentiasa melakukan silap. Apa yang membezakannya ialah bagaimana dia memperbaikinya. Aku malu sendiri melihat hidup yang dipandu oleh rasa. Yang dipandu tanpa arah tuju..

Semakin hari, aku lihat jalan dihadapanku semakin mudah. Setiap aturan yang Dia beri tidak sia-sia. Aku malu dengan diri kerana selalu melupakan pada siapa harus aku mengadu. Rai selalu mengingatkan, tanya kepada yang berhak, baru maksud hati akan sampai. Itulah hikmah kenapa Allah jentik rasa hatiku, kerana dia ingin aku menikmati jalan dihadapanku ini. Mungkin dalam perjalanan nanti aku akan menemui tulang rusukku..

Aku amal segala nasihat mereka. yang bergelar rakan. kini ianya menampakkan hasilnya. Aku kini telah mula kembali tersenyum dengan menampakkan gigi arnab dua biji. Sungguh. Kadang apa yang kita terima itu tidak dijangka-jangkakan. K.Z kata, kalah itu juga satu kemenangan. Aku baru faham apa sebenarnya yang dia maksudkan. Alhamdulillah.

Tiada alasan untuk aku berputus asa dengan diri. kenapa perlu menghukum diri sedangkan dia tidak bersalah? Kenapa perlu kejam? Mungkin aku harus terus memandang kehadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Yang tertinggal biarkan lah berlalu. Aku masih lagi gembira dengan khabar berita soal kerja itu. InsyaAllah, jika itu yang Allah telah tetapkan untukku maka, aku boleh menanam cita-cita lagi iaitu pergi membawa diri mencari pengalaman hidup ditempat orang tidak akan mengenal diriku. ya, yang penting bukan ditanah ini.

Yakinlah Rezeki yang akan datang ini tidak dipengaruhi oleh manusia, tetapi Allah yang berkehendakkan. even kalau ulat dalam batu pun Allah boleh berikan makanan. Apatah lagi kita dibumi yang luas ini. Biarlah kepayahan selama ini berbalas. Biarlah peluh ayah yang membesarkan aku dapat aku bayar kelak. Biar air mata ibu yang jatuh berbalas dengan kejayaanku kelak. Maka aku tidak harus, kalah dengan rasa. Kerana Allah telah beri jalan yang luas untukku membuktikan. 

Alhamdulillah..

Jadi apa ada alasan untuk aku jadi manusia yang tidak tahu bersyukur?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian