Mar 19, 2012

Permata diri..,

Keluarga adalah ibarat satu taman syurga bagiku. Walaupun aku telah mendewasakan diri (tapi still muda dan kacak), tapi aku masih lagi terasa aku sangat memerlukan mereka, biar sejauh mana aku pergi, setinggi mana aku ingin berdikari, pasti aku akan cari mereka juga, bersama mereka juga.

Mereka adalah tempat yang mana tidak akan beganjak walau sedikit pun, yang akan setia menjadi tulang belakang kita, yang setia mendengar segala keluhan kita, yang setia membantu kita. Kemana pun kita lari, kemana pun kita berada dan apa pun yang kita lakukan, mereka pasti tetap akan bersama.

Kalau orang lain menjauhi diri, mereka akan semakin mendekati kita, jika kita bersedih, mereka akan bersedih mendengar dan memberikan sepenuh perhatian kepada kita. Sebab itu, jangan abaikan peranan mereka, kerana merekalah yang ada ketika suka duka diri. Bukan rakan karip, bukan bff, gff, bukan girlffeng, bfreng segala, tidak but your family.

Aku saja nak ingatkan kepada semua, family itu harus bagaimana. Aku dah berjanggut ni pun masih lagi mengadu dengan ayah aku, masih lagi mengadu mak aku, masih lagi mengadu dengan akak aku atas semua perkara. So what?? Ntah, aku just nak hargai kewujudan mereka disisiku, dahlah aku jauh dipelosok sini.

Sepatutnya kita lagi segan luah dengan orang lain compare dengan family. Kerana mereka lagi mengetahui dengan dalam siapa kita sebenar. So, sayang mereka sebelum masa itu tamat.

Jangan tunggu hari esok (court mamoth).

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian