Mar 18, 2012

Gila-gila..,

Kawan aku kata, jangan tunjukkan sangat kita tak 'kuat' dengan orang lain. Kita perlu menjadi manusia yang mampu melawan segala permasalahan dunia, yang sebenarnya itu hanya sebesar hujung kuku. Aku setuju, tapi manusia ni kadang terkhilaf juga. kan? Yang penting bagaimana kita tersedar dan terus berusaha mengatasinya.

Semalam aku pergi outing sampai ke pagi. Gila kan. Tapi demi rakan yang dah lama tak jumpa dan demi diri yang perlukan ruang untuk melupakan segala permasalahan hati, aku pun join sekaki. Masa keluar daripada campus, waktu dah lewat malam. Aku masa tu tengah berbaring nak pujuk mata dan hati untuk berehat.

Tiba-tiba member call ajak keluar jenjalan, hilangkan tension dan mengorat awek katanya. hahaha. Kalau dulu jangan harap aku nak pegi. sebab aku ni memang sangat anti untuk keluar-keluar malam. Macam pondan. Satu, sebab aku ni memang malas nak buang masa keluar memalam, baik keluar siang-siang (lebih baik aku online ke, tidur ke) kedua faktor kesihatan yang menyebabkan aku tidak digalakkan keluar. Tapi yang paling penting ialah kerana aku malas. haha.

Masa keluar daripada campus, tiba-tiba jalan jadi sesak. Bayangkan jalanraya yang 3 line, jem. Lepas tu boleh jadi hingga 5 line still jem. Masa tu semua member syak, kalau tak roadblock, mesti ada accident. Dan sebenarnya ada accident. Aku tengok dengan mata aku sendiri seorang mayat lelaki dibawah lori besar. Kesan terheret ada dalam 10 meter. Helmet pun hancur. Aku tengok pun ngeri.

Aku sebenarnya bercadang hari ini nak pergi The Mines, nak beli barang sikit dan tengok movie. Tapi memandangkan semalam jalan tu aku tengok ada orang accident ngeri, aku pun rasa ngeri lagi nak guna jalan tu. Dah lah emosi aku tak stabil lagi. Kadang kalau aku bawa motor ni pun bukan beringat sangat. Sekarang ni main pulas je minyak. Ya Allah, janganlah kau matikan aku dengan accident. (Aku takut pun, sebab dua tiga hari ni, mulut aku celupar cakap benda-benda begitu, hahaha) Kalau Allah nak matikan, dalam tidur pun boleh mati..

Lepas tu, sampai juga ke ktm serdang setelah hampir sejam melalui jalan yang sesak gila babi. Sebelum pergi jenjalan keluar ntah kemana tu, rupanya member aku nak pergi tolong member dia. Motorsikal buat hal ntahpekebenda. Disebabkan member dia perempuan, so excited nak pergi tolong tu lebih lah. Tapi aku sorang je tak tahu. Tengok inesen kan aku.

Lepas beberapa minit tolong, then blah dari situ kitaorang pun go have fun.

Balik Kolej kediaman masa tu dah pukul dua lebih. Masa tu encik guard tahan, tanya itu ini. Member aku selamba cakap dari buat survey, dekat perak, sebab tu lambat masuk. Hahaha. Aku diam je sebab duduk dekat sit belakang. Dah settle dengan encik Guard tulis apa yang patut dekat book report, member aku cakap. Kalau dia tanya lebih-lebih pasal survey, aku soh korang jawab lebih katanya kepada aku dan seorang kawanku yang amek master. Lawak je, rupanya sangat best bila buat kerja gila-gila..

Ps : Hari ni terpaksa duduk dalam bilik, sebab masih ngeri fikir pasal accident semalam..


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian