Mar 16, 2012

Disini penghujungnya..,

Aku rendahkan angkuh diri,
Semata-mata ingin menyelamatkan keadaan,
Bukan untuk siapa,
Tapi untuk diriku juga.
Ya aku..
Aku cuba senyum dalam setiap duka,
Aku tahan rasa hati yang kian mati,
Agar beri peluang untuk bernafas seketika,
Tapi punah..
Seperti daun yang berterbangan ditiup angin petang,
yang melayang entah kemana,
Tiada arah tujuan,
Begitu hatiku saat ini..
Aku renung diri,
Tiada guna aku disini,
Yang hanya tempat untuk memperbodohkan diri
Untuk yang kesekiankalinya,
Aku berjanji dengan hati,
Jika dia boleh duduk diam baik-baik,
Aku akan hadiahkan dia sejuta dunia untuknya,
Hati tersenyum,
Relakanlah semua ini,
Lepaskanlah segalanya..
Tiada guna memperbodohkan diri..
Ya,
semoga ini adalah keputusanku yang terakhir,
Tidak ku jejak lagi segala kenangan,
Tidak ku intai lagi hatinya,
dan berdoa kepada yang Esa,
Semoga terus dikuatkan diri agar terus melayari permainan dunia ini,
yang penuh dengan dugaan
Terima kasih,
Kerana persinggahan sementara ini..
Alhamdulillah..
Maha suci Allah yang memberikan rasa ini..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian