Feb 14, 2012

Setiap hari yang baik..,

1. Aku pernah bertanya dengan seorang ustaz soal 'lelaki baik untuk perempuan baik, dan lelaki jahat untuk perempuan jahat'. persoalan yang ada didalam hotak aku, bagaimana pula halnya lelaki baik dapat perempuan jahat? ataupun lelaki jahat dapat perempuan baik?

2. ustaz jawab ringkas

3. Ustaz kata jangan gusar dengan persoalan sebegini, kerana Allah adalah sebaik-baik penilai. Baik di mata manusia tidak sama dengan baik pada Allah. Manusia mungkin lebih fokus kepada aspek luaran seperti pakaian, percakapan, tingkah laku dan sebagainya.

4. Penilaian Allah adalah jauh lebih baik daripada apa yang kita fikirkan. Allah menilai hati dan keikhlasan. Maka Baik bagi kita mungkin buruk bagi Allah, begitu juga sebaliknya. Disebabkan itu kita jangan selalu buruk sangka kepada orang lain yang mungkin secara zahir agak jelek. Cubalah bersangka baik dan mendoakan kepada mereka, bukannya mengumpat seperti kita adalah pemberi pahala..

5. Jangan putus harapan kerana manusia, kerana Allah lebih berhak kepada hal itu. Jangan cepat menghukum orang lain tanpa bertanya secara jelas kerana itulah seburuk-buruk tindakan.

6. Aku sebenarnya nak tulis pasal V-day. Lihat bagaimana ahli politik mempromosikan hari yang istimewa bagi agama kristian ini? Aku pernah baca ulasan daripada seorang ustaz, bukan pengisiannya yang kita tolak sebagai umat islam dalam menyambut hari v-day ini, akan tetapi intipati v-day itu sendiri yang mengingati kisah kasih paderi (aku pun kurang pasti, rujuk sumber yang betul) yang kita tolak.

7. Tapi, ada yang cuba menggadaikan agama dengan cuba bertolak ansur. Konon nak ubah kepada hari suami isteri. Apakah asas sambutan itu akan berubah jika nama ditukar? kenapa perlu semua itu untuk dirayakan? walaupun sbenarnya kita cuba mengikuti cara agama mereka? Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud 'untukmu agamamu dan untukku agamaku'(surah alkafirun)

8. Janganlah bila berkepentingan kita cuba untuk bertolak ansur dengan perkara yang berkait dengan soal akidah. Apatah lagi jika kita menjadi rujukan kepada orang lain. Ingat nabi berpesan : Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka” (HR. Ahmad dan Abu Daud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ [hal. 1/269] mengatakan bahwa sanad hadits ini jayid/bagus. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Irwa’ul Gholil no. 1269)

politik yang semakin jijik..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian