1. Aku tak faham betul dengan malaysian kebelakangan ini. Habis semua benda dia nak jadikan isu politik.
2. Soal pelanggan kelaparan ayam kfc yang bergaduh dengan pekerja kfc pun boleh di putar belit menjadi isu rasict. Bagi aku ini adalah isu yang sangat tak matang atau bahasa mudahnya 'bodoh'!.
3. Benda kecil nak diperbesarkan, inilah padahnya. Nasihat aku kepada mereka yang mungkin tidak berpuas hati kepada service satu-satu company, mula-mula kau complaint dekat orang atasan. Bila kau rasa tersangat dianiaya, kau buat laporan polis (kalau ada cedera ke hape maybe kena belasah, sila buat medical check up). Mudah, lepas tu upah peguam dan saman.Then kaya.,
4. Jangan buat tindakan bodoh, seperti, mencarut orang lain, memaki orang lain. Lepas tu kau buat aduan kepada parti politik berbanding dengan pihak yang lebih sesuai untuk kau buat aduan. Ada akai pakai, jangan simpan akal tersebut. Kau mencarut, kau buat provokasi, lepastu, you janganlah assume yang orang lain tidak akan terasa dan tidak bertindak luar kawal . Customer always right is bullshit ok..
5. Kepada pekerja pula, pelease kawal diri. Itu bukan company bapak kau..,
6. Lagi satu isu yang dok ramai orang pertikaikan ialah soal isteri PM dapat pengiktirafan Doktor kehormat oleh sebuah unibersiti (aku pun tak tahu nama uni. tu).
7. Kalau tadi budak-budak tak bersekolah yang pertikaikan anugerah tersebut, bolehlah diterima logik sebab mungkin mereka tidak tahu, tak faham, atau malas untuk search tentang 'Apa itu pengikitirafan Doktor kehormat'.
8. Ini tidak, budak yang ada background akademik yang pertikai kenapa isteri PM boleh mendapat pengiktirafan itu. Yang lagi bodoh ( memang sangat memalukan bagi aku) ialah bila mereka-mereka ini meminta thesis yang disiapkan oleh isteri PM hingga melayakkan dia mendapat pengiktirafan.
9. Sebab itulah bijdakpandai berkata, kalau tak tahu bertanya, kalau malas bertanya duduk diam, jangan bercakap atas sesuatu perkara yang kau tidak tahu/tidak faham. Sama seperti kau sebenarnya sedang bagitau orang lain yang kau bodoh sombong.
10. Doktor kehormat diberikan tidak memerlukan penerima menyiapkan thesis. Ia diberikan kepada yang layak atas sumbangan yang telah mereka lakukan (syarat ini tertakluk kepada unibersiti). Kau tak suka jangan buat cerita. Kalau iya pun kau nak mempertikaikan, please biar nampak berilmu sikit, jangan pertikaikan sesuatu atas 'cerita' orang lain (agenda politik). Tak nak dilihat bodoh, jangan berlagak pandai..
11. Dan kalau pun nak mempertikaikan kenapa dia boleh memperolehi anugerah itu, sepatutnya bukan dengan isteri PM, tetapi dengan pihak unibersiti yang memberi anugerah itu sepatutnya. Kerana mereka yang menilai dan melihat ciri-ciri yang ada pada sumbangan beliau yang melayakkan dia mendapat anugerah tersebut. Dan anugerah seumpama ini bukanlah asing kepada isteri-isteri pemimpin tertinggi sesebuah negara..,
Lebih baik diam daripada bercakap tanpa arah..
No comments:
Post a Comment