Mar 1, 2012

melihat dalam kelam..,

1. Petang ni, kelas aku rasa acuh tak acuh je nak pergi.(eh betul ke penggunaan acuh tk acuh tu). Semalam aku tak tidur, tidur pun sekadar hangat-hangat tahi ayam. seperti mak yang ada anak kecil. sikit-sikit terjaga bila baby merenggek nak susu.

2. Mungkin itu kerana aku dah puas tidur diwaktu senja. Maka mata jadi celik gila babi. Ditambah lagi nescafe o hasil air tanganku. Nyaman. Tapi peliknya, aku boleh pula bersemangat bangun awal pagi. Apakah ini adalah kekuatan yang Allah bagi? Mudah mudahan..

3. Sekarang aku dah duduk jauh sikit. tadi je lah kot, tak tau lagi lepas ni. Aku sekarang kerja dekat 'Introp'. Nak cari duit bayar yuran semester ni. Nak pecah juga bila fikir pasal duit ni, tapi nak buat macam mana memang dah begini aturanNya. Kadang aku fikir, aku dah boleh kool dengan segala masalah yang datang menimpa. Walaupun bertali arus. Kool pun hati bernanah juga jadinya..

4. Tiap aku buka internet, aku akan start dengan buka email. Tunggu tawaran kerja yang aku pohon. Aku rasa aku patut lari dari sini dulu. bukan sebab aku kalah, tapi sebab keadaan terdesak. Aku dah cakap juga dengan mak aku plan B yang aku baru fikir ini.Ntahlah. Setiap yang berjaya pasti pernah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Maka untuk itu, aku tidak takut untuk tersalah langkah..

Ah biarlah Tuhan yang buat keputusan..,

5. Kadang aku malas dah nak cakap pasal cinta. Blog aku ni, bukan blog terfaktab yang khatam menulis dalam bab-bab cinta kekasih duniawi. Tapi memang dah menjadi magic, bila hati kita menjadi lara, pasti akan menulis sesuatu yang ala-ala menyedapkan hati sendiri.

6. Tapi aku lain,aku menulis pasal cinta ke hati ke bukannya nak sedapkan sangat, aku rasa nak maki segala. Orang kata bila cinta tak semestinya memiliki (tadi aku tengok ada budak post dekat facebook). Babi..Kalau begitu baik kau tak payah bagi semangat untuk memiliki. Itu bukan perasaan cinta tapi itu kawan.

7. Aku ada baca juga soal cinta yang kak zack tulis. dan aku suka apa intinya iaitu dalam bercinta komitmen yang sangat diperlukan. opss lupa nak bagitahu 'kalau ada yang stok ustak ke or whateva yang baca ini' please ini tidak sesuai dibaca oleh kamu..

Ini adalah pandangan personal.

Berbalik kepada komitment tadi, ada kewajaran perlunya komitment, kerana dalam setiap apa yang kita lakukan, inti untuk menjadikan kita konsistent dalam melakukan setiap pekerjaan itu ialah perlunya komitment yang tinggi. Begitu juga soal hati.

Sekuat mana pun kasih, sedekat mana pun diri kalau tiada rasa komitment, pasti semua itu hanya sia-sia. 

Ps : Setiap sesuatu memerlukan masa untuk sembuh. Sabarlah..

Ps : Ego tidak bisa menipu hati..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian