Feb 26, 2012

isu hari ini..,

Semalam aku pergi putrajaya. Tengok karnival ntah hapa. Meriah. Ramai yang keluar berpiknik ala- ala dekat oversea tu. Bentang tikar dengan anak bini segala. lepas tu main basikal, main kejar-kejar dengan anak yang baru pandai berjalan, dan sebagainya. Sesuai pula luangkan masa bersama keluarga.Kalau aku ada family nanti, aku ajak buat begitu je..

Semalam ada juga aku tengok artis menyanyi. Aku suka Ella je la..Bukan sebab dia rock ke hape, tapi sebab dia manja hikhik..

Balik dari sana, aku sempat tengok pertunjukkan bunga api. Semat. Lepas tu sesat masa nak balik daripada putrajaya. Banyak jalan yang ditutup. Tapi kejap je la, dapat juga arah kebenaran..Aku pegi sana pun tak dirancang..

Hari ini, ada demontrasi hijau apakebenda ntah dekat kuatan tak silap. Konon membantah isu lynas. Konon beradiasi tinggi. Tapi berdasarkan pakar yang menyiasat, radiasi daripada tv lagi tinggi berbanding apa yang dikeluarkan daripada kilang tersebut. Aku ada juga buat search isu tu. Biasa, aku kan belajar alam sekitar. Kilang tu tak lah seteruk apa yang digambarkan oleh pembangkang.

Tapi biasa, nama juga politik, kalau tak hebohkan satu-satu isu, mana nak dapat perhatian rakyat ye tak? Soal  politik satu hal, soal kejujuran satu hal. Tapi rakyat sekarang ni, telan apa saja ucapan daripada orang lain. Bukannya nak selidik dahulu segala berita yang dia terima, kalau dicakap bodoh, kang ada yang kata kasar. Tapi, mengambil berita tanpa mengetahui kesahihannya, nak cakap apa lagi?

Kau nak ikut cakap pakar yang tahu benda tu ke atau kau nak percaya cakap ahli politik? Pilihan itu ditangan anda. Tapi ramai yang cakap mengalahkan pakar, yang dia fikir, kilang tu macam loji nuklear dekat fukusyima jepun tu..Tak tahu, banyakkan lah baca, apa itu lynas, apa itu gas nadir bumi, apa laporan yang dikeluarkan oleh pakar luar negara, pakar dalam negara tentang isu tu.

Macam kisah ustaz Badrul heboh dalam media massa kena tangkap khalwat. Orang kuat pkr yang selalu saja timbulkan kontorversi. Ye la, dulu pernah cop ustazMaza 'bapak saitan', lepas tu baru baru ni pernah memberikan ucapan yang mengelirukan seakan-akan mengecop ketua pembangkang adalah 'imam Mahdi'..

Masa dengar berita dia kena tangkap khalwat, aku takda lah nak terus percaya. Yela seorang ustaz. Biasanya ,gelaran ustaz akan diberikan kepada mereka yang berilmu agama. Bukan setakat penampilan, tetapi ilmu yang dia ada. Lagipun dari dulu lagi aku selalu dengar zikir yang dia alun kan. Lepas tu kena tangkap khalwat, kau nak percaya ke terus berita tu?(walaupun aku tak suka parti dia)

Bila dah masuk berita, lepas tu ada pihak jaip yang mengesahkan, baru aku percaya 'tangkapan' khalwat itu memang berlaku. Dia buat atau tidak, itu antara dia dengan Allah, aku berlepas tangan..

Aku juga bersangka baik dengan pengakuannya Ustaz tentang isu ini.(walaupun aku ragu dengan kenyataan beliau).Sebab, 
1. Kenapa beliau boleh biarkan dirinya dan perempuan itu berdua-duaan didalam bilik hotel?
2. Kalau benar dia tengah memberi nasihat , kenapa ketika pukul 3 pagi?

Tapi itu biarlah dia yang berhadapan dengan Allah..,

Memang pelbagai keraguan berlaku, tetapi itu antara dia dengan Allah..,Semalam aku bagitau dengan makcik skema hal ini. Pagi tu aku baca kenyataan ustaz pula, aku cepat-cepat bagitau dengan dia penafian daripada ustaz badrul, sebab takut apa yang aku bagitau semalam adalah fitnah..

Aku tengah tunggu kenyataan daripada pihak jaip pula..

Sekarang pula, para penyokong kedua-dua parti yang tengah berdebat hangat soal isu ni. Tergelak aku. Bukan main dorang pula yang lebih-lebih nak emosi..,

Teringat aku masa kes fitnah PM dengan Altantuya. Sampai sekarang masih ada yang mainkan isu tu, walaupun sampai sekarang bukti yang dijanjikan tentang penglibatan PM tidak pernah ditunjukkan. Sumber berita pun tidak diketahui dari mana, sahih atau tidak, tapi ceramah habis dah cerita segala soal isu ini. 

Rakyat yang dengar pun bukan nak selidik segala. Yang point mereka, ala PM orang tinggi negara, dia boleh buat apa untuk tutup kes. Habis, kau ingat dua-dua polis yang kena hukum gantung (saspek yang membunuh) tu nak mati free ke, kalau PM terlibat sama, mesti dia akan cakap?  

Apakah rakyat malaysia sekarang akan ambil segala berita bersumberkan daripada parti mereka, tanpa mereka tahu kesahihannya? dan tidak takutkah mereka kepada fitnah? tidak inginkah berlepas diri daripada fitnah? Nauzubillahminzalik..

Tak percaya, cuba kalau ada rakan kau yang cerita berapi api cakap skandal PM kononnya dengan Altantuya kau dengar. Lepas tu, kau tanya dia tahu daripada mana? bukti apa? Dah RPK pun lari keluar negara sebab isu ini, kau pula yang dengar berita bersumberkan dari dia nak semabng lebih pula? Lawak..,

Jangan cepat percaya dengan sesuatu berita. selidik dahulu..

Ps : Sokong ikut fakta bukan auta..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian