Feb 13, 2012

Hari ini..,

1. Puas aku cuba, baru sekarang internet ada connection. semat. Aku pun  tak tahu kenapa internet tiba-tiba mogok dengan aku. Aku syak ini mesti pengaruh mahasiswa yang sebok berdemo ntahkebende tu. Tapi mungkin ada hikmah..

2. Aku baca berita pasal seorang warga pak arab yang menghina Nabi dekat laman twitternya dan telah dihantar ke negara asalnya. Kejadahnya dia nak berseumbunyi dekat Malaysia? Ingat dia dilindungi? Walaupun ada sesetangah pihak mengecam pengusiran Hamzah kashgari itu adalah tidak berperikemanusiaan.

3. Ini soal penghinaan Nabi, bukannya raja atau sultan, tapi nabi! orang paling mulia. Pelik, ada bukan penganut agama islam cuba berlagak hero untuk menangguk di air yang keruh dengan membela Penghina Nabi tu. Aku nak tengok apa respon sekutu-sekutu yang selalu mendabik dada mengaku dia pejuang islam itu.

4. Mana suara yang kuat mengatakan dia pembela islam? Mana respon mereka kepada penghina Nabi itu?

cuba lihat artikel ini : harakah

5. Aku menyokong Mamat ini diextradisi ke negaranya..Tentang hukuman segala, biar negaranya yang tentukan. Semoga dia bertaubat..,

Allah maha besar..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian