Feb 12, 2012

Hikmah..,

1. Aku syak malam ni wayerless dekat dalam bilik aku nak berdemo dengan aku. Ye la, ntah apa kejadahnya tiba-tiba slow dan selalu saja breakdown. Hati aku yang suci pun boleh jadi panas jadinya.

2. Ah tak kisahlah, Mungkin ada hikmah.

3. Petang tadi aku dengar ceramah ustaz kazim. Aku suka dengar ustaz kazim punya kuliah sebab yang pertama, dia bukan bercakap atas tiket parti politik. Maka, segala ulasan beliau tentang isu semasa tidak akan bias mengikut selera parti politik. Yang salah tetap akan salah walaupun kau umno ke pas ke pkr ke, dan yang betul tetap betul.

4. Tidak macam sesetengah pendakwah, dia akan blame musuh mereka sahaja, tang kena dengan diri sendiri, semua halal belaka. Kalau tak pun, pasti ada ayat-ayat untuk melepaskan diri.

5. Lagi satu, ustaz kazim tak pernah keluarkan perkataan-perkataan mencaci dan mencerca orang lain. Tadi dia kata berdasarkan hadis nabi, orang yang memanggil orang lain dengan perkataan yang tidak baik adalah fasik. So cuba perhati, kalau ada ustaz yang kerap mencarut, memaki hatta berkata bodoh sekalipun, pasti something wronglah gamaknya.Bukan aku kata, ustaz kazim yang kata.

Aku sebenarnya bercadang, kalau aku kahwin, aku nak jemput ustaz kazim bagi ceramah dalam majlis kahwin aku nanti. Tapi ustaz nak bersara dah 2013 ni. sedih..

6. Ada yang mengata, kononnya aku menulis diruang ini sekadar untuk memerli orang lain.

7. Orang kata, siapa makan cili dia akan terasa pedasnya. Aku tulis direct atas apa yang berlaku dengan aku atau apa yang berlaku dengan rakan-rakanku dan juga hal politik sampah negara. Niat aku satu, untuk menerangkan sesuatu berdasarkan pemahaman aku. Macam aku cakap, kalau tak berpuas hati sila tinggalkan pesan, aku terima. Jangan cakap belakang kerna aku tidak akan tahu dan kau akan dapat dosa mengumpat.

8. Dulu aku pasang nuffnang sebab aku lihat ramai blog yang pasang benda tu. Tapi bila aku fikir balik, takpekda pun sebab aku berbelog untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, bukan untuk mencari publisiti murahan.

9. Tapi tidak kisahlah, masing-masing punya pandangan, dan aku sangat menghargai dan menghormati perbezaan. Kerana perbezaan itu akan membuatkan kita berfikir.

10. Aku suka membaca kisah realiti manusia. Disebabkan itu aku suka mengembara jauh dari satu blog ke satu blog untuk membaca pengalaman orang lain dan sebagainya. Kadang menyampah dan kadang sangat menarik.Itu kehidupan. Belajar daripada kesilapan orang lain. Dan jangan memperkecilkan orang lain.

P/s: Jangan merasa diri terlalu baik kerna itu adalah amalan syaitan.


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian